Friday, January 12, 2024

Gigi Tanggal Boleh Tumbuh Lagi

Malam 1 Rejab.  Doa ampuh katanya.  Jangan lupa berdoa moga usaha2 Japan untuk menumbuhkan semula gigi kekal yang dah tanggal akan berjaya.   Lama dah dorang buat kajian, belum dapat hasil lagi.  Senang kita nanti, tak yah gi Dentist lagi.. sebab gigi pun dah macam kuku.  Potong2 tumbuh.


JUMPA DOKTOR GIGI

Agak melegakan bila akhirnya ai dah jumpa Dentist yg sesuai dgn jiwa di area berdekatan.  Tanya member, hampeh.. semua tak de cadangan yg bernas. Paling malang, tros krik3 atau mintak google sendiri.  

Sebelum ni nak masuk klinik ni macam takut2 (dibaca was2.. sebab ai ni jarang takut dengan Dentist). Entah macam mana, siang tadi tetiba tergerak hati untuk masuk je ke klinik tu setelah berjuta2 kali ai lalu lalang kat situ.   Dlm hati.. ah nak tinjau2 dulu je lah.. kalau tak ok.. ai cancel.

Sampai kaunter dan tanya harga, belek2 nama Doktor bertugas, alih2 terus hati kuat untuk buat rawatan.   Walau pun mulanya nurse cadangkan hari ni datang untuk consultation je dulu, rawatan hari lain.  Ok ai pun setuju lah.. sebab consultation pun cuma RM20 je.




Rupa-rupanya instinct ai betul, doktor dia baik dan menghiburkan.   Mungkin sejak ai "makin muda" ni Allah dah jauhkan ai dari orang2 yang eksen kot.   Stress juga kalau kita ni pegi klinik berbayar tapi hamboi hamboi hamboiii mulut.... hmmmm malas nak sambung ayat.  Tapi itu dulu lah.. masa ai kat JB.  Doktor pompuan.. tgh period kot.  Atau maybe dia jelez sbb tgk ai syantikk.   Kekeke.

Actually sebelum ni ai ada DOKTOR FAVOURITE kat JB.. tapi alamak!.   Jauh pulak ler nak ke sana.   Tapi servis beliau memang tip top, orangnya pun ceria dan menghiburkan.  


BERANAK LAGI SAKIT DAAA..

Akhirnya.. bila dah diconsult, Doktor pun setuju untuk buat rawatan hari ni juga.   Lega rasa.  Last2 ai buat scalling.   Dia tanya nak mahal ke yg kurang mahal.  Yg mahal kurang sakit.  Ai fikir beranak lagi sakit.  So ai pun pilih yg kurang mahal.

Ternyata ramalanku benar belaka.  Harga bukan jaminan.  Walaupun beza dia dlm RM100.. tapi tak lah sakit sangat pun.   Biasa2 je.  Sekadar nyilu2 sikit tu biasa la.  Tidak la sampai macam kat SPA orang cucuk whitehead kat muka kita dengan jari. Adoiiii lagi sakit.  





Oleh kerana Dokor pun baik, jadi ai setuju untuk membeli mouth wash Perio Lacer (utk kesihatan gusi) yg dicadangkan spt dlm gambar pertama.   Begitulah.. tak rugi jadi baik dan sopan.  Rezeki anda akan bertambah2.

Ok lah.. begitulah karangan bertajuk "Jumpa Doktor Gigi".   

Motif entry :.   Supaya kawan2 di luar sana tak takut lagi berjumpa Doktor Gigi.   Kalau takut jugak.. buatlah gigi sendiri macam kat youtube tu. 😁.  Hahaha.  Dorang gentel2 mcm kita main tanah liat zaman kanak2.   Bahan dia spt dalam gambar kedua di atas, kena masukkan dalam air panas.


10 comments:

  1. Sakit gigi memang boleh buat meraung huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. SR - Nauzubillah. Alhamdulillah dah lama tak sakit gigi.

      Delete
  2. Ya takut juga jumpa doktor gigi.
    Nasib baik Puan Sam jumpa yang baik.
    Bagusnya tumbuh gigi baru lepas gigi kekal hilang. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA - Kann. Nothing impossible in this world. Moga Allah kabulkan. Ramai nenek2 yg akan kembali cantik nanti.😁

      Delete
  3. Cie ni takut dentist sejak kecik. Takut punya pasal, Allah bagi ujian je dengan masalah gigi. Hihi. Terpaksa jugak mengadap dentist.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cie - Ya Allah.. siannya. Mmg begitulah selalunya. Apa yg ditakuti, itu la yg jd ujian. Didoakan moga hilang segala ketakutan itu & dpt Dentist yg menenangkan.

      Delete
  4. Saya dengan dentist tuh love hate relationship dari sejak kelas 3 elementary school kak 🤣. Dah wajib jumpa Krn gigi memang berantakan sangat duluuu. Jadi harus treatment berkali2, ada yg harus dicabut, sampai akhirnya pakai behel sejak kelas 5 elementary sampai 1 high school 😄. Lama sangat. Sejak itu, mau benci pun, Krn memang sakiiit, tapi ttp hrs rutin datang kan.

    Sejak lepas behel, barulah saya niat kuat gigi harus dirawat bagus. Biar tak perlu sering2 datang ke dentist 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo behel itu dental braces. Love hate.. "benci tapi rindu" macam lagu Bu Hetty Koes Endang. 😁.

      Delete
  5. dah 3 tahun burn elaun gigi..hahaha..sebab penakut...ntah bila nak berani x tau la...syg kan..elaun 500 setahun plak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA - Wah!. Untungnya ada elaun gigi. Kalau Akak yg dpt, memang Akak pegi Dentist tiap minggu. 😁 Tapi kalau dah takut nak wat guane kan.. kang pengsan 1 hal pulak. Hahaha.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.