Friday, February 16, 2024

Dapat hadiah tote beg.

Assalamualaikum uollz!.

Alhamdulillah dpt ole-ole beg lagi dari anak sepulang beliau dari travel. Masa diminta pilih warna,  mamanya ni tgh busy. Jadi pilih je lah kaler biru dgn anggapan ia akan match bila kita mengenakan jeans.   

Oh!. Lawa pulak rupa-rupanya bila depan2.   Thanks Cik Q.   In fact ai mulanya bukan peminat tote bag, especially yg tiada zip.  Rasa mcm takut dompet atau brg2 terkeluar dari beg.  Hihi.   Ada trust issue di situ sejak dompet kawan ai dilarikan mat gian kat depan mata.  Tapi beg yg Cik Q hadiahkan ni ai suka sgt sbb bertutup.   Pastu rasa macam kerepot pun menjauh dari muka kita bila memakainya sbb ala2 sweet mcm tu.🤪



Alhamdulillah boleh bubuh telekung juga.  Nowadays nikmat di tempat awam dah banyak yg Allah tarik balik.  Banyak shopping mall yg dah tak menyediakan telekung (mukena) macam dulu. Most probably mereka takut semakin ramai pelanggan kot, mungkin mereka dah banyak sangat duit lantas takut jadi kaya. 👻👻. 

Untuk yg rajin shopping, tote bags are a great eco-friendly alternative to plastic bags. Making the switch to tote bags is a simple yet effective way for individuals to contribute to sustainability efforts.    Pakai tote bag ni boleh mengurangkan penggunaan beg plastik.

Walaupun itu masalah bumi, tapi ai ajar anak3 untuk menitik beratkan.  Contohnya kalau nak naik lif pun, ai minta mereka tekan 1 saja lif, jangan tekan semua punat kerana ia akan membazirkan elekrik.

"Tapi.. bukan kita yg bayar (bil) pun Ma?.".  Tanya my son.

"Tak kisah la.. tapi ini sajalah sumbangan Mama utk negara dan juga dunia (global warming)."


Ha gitchew. Kekeke.

3 comments:

  1. Replies
    1. Linda - bayangkan kalau misal kata bangunan 30 tingkat, lagi la byk lif tu gunakan tenaga kan. Baik kita tlg jimatkan, kot mana tau penjimatan itu boleh mengubah negara jd lebih kaya. 😁😁

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.