Assalamualaikum guyss!.
Puan2, jika saat ini anda penat dan burn out menjaga anak2 kecilmu. Bacalah coretan ini.
Saat si bongsu tiba-tiba muncul di dalam rahim, ketika itu si kakak belum lagi berhenti menyusu. Saya mengalami alahan teruk semasa trimester pertama. Awalnya, agak tertekan kerana tidak mampu bangun untuk memasak. Oh! Lupa bahawa kami ada upah "bibik", dan kini "bibik" tersebut telah menjadi Ketua Bahagian di sebuah sektor kerajaan. Pejabat untuk dia sendiri saja sudah sangat besar. Berbangga melihat kejayaannya hari ini. Siapa sangka kan dulu suka penangisan di rumah kami (penat agaknya jaga Cik Q. 😁😁) akhirnya membangun jadi insan berguna. Moral cerita ini ialah, duduk di bawah tidak semestinya selamanya di bawah. Begitu juga dengan yang di atas, tak selamanya akan di atas kerana kehidupan adalah umpama roda yang berputar. Jangan sekali-kali sombong dan menzalimi orang lain.
Teruskan kuat dan bersabar kerana Allah mampu mengubah semuanya dgn sekelip mata.
Permusafiran kedua anakanda yg terkini.
Si Adik Jadi Mahram Ketika Musafir
Moral kedua yang ingin saya sampaikan ialah, kini kedua anak saya itu telah memasuki alam remaja. Hobi si kakak melancong. Dalam Islam, wanita tidak dibenarkan bermusafir tanpa ditemani oleh mahram. Jika dilakukan tanpa pengawasan mahram, itu dianggap sebagai "maksiat" (nauzubillah). Setelah saya membaca tentang hal ini, saya bersyukur si bongsu dapat menjadi mahram pada si kakak ke mana pun dia pergi. Lantas saya menyedari bahawa setiap kesukaran yang saya alami dalam membesarkan mereka memiliki hikmah tersendiri, walaupun pada mulanya agak meletihkan.
Their latest holiday.
Sekian. Coretan ini ditulis ketika saya tak pakai spek, salah silap harap maafi. Tgh try contact lens.. rupa2nya tak de power utk rabun dekat plk.. hahahaha. Redah je lah.
setiap apa yg berlaku ada hikmahnya kan.. ldy pula kakak usia 6 thn baru dpt si adik, maka mudahlah sgt2 kerja ldy.. kakak sekolah.. balik2 petang, semua makan pakai kakak cikgu yg uruskan.. sebelum balik suami kenyangkan kakak dulu di kedai.. balik petang.. malam tidur.. esok smabung rutin..
ReplyDeleteLD - I see. Ank sulong sy dgn yg kedua pun beza 5 thn. Kedua ketiga ni yg rapat.
DeleteKalau nak kata rapat2.. Linda anak 4 orang, 2tahun sorang..isteri askar, tanggung sendri je lah suka duka.. Hahaha...sekarang yg bongsu dah masuk 6tahun..lega dah rasanya
ReplyDeleteLinda - Isteri askar rupa2nya. Sy ramai kawan isteri askar. Dorang mmg kuat semangat. Masya Allah tabarakallah.
DeleteAlhamdulilah, Allah bagi kekuatan...ramai lagi yang struggle...kdg2 ad jugak kawan2 tanya, cmne hadap semua tu...kita jawab je lah, hadap je lah..nak tak nak. kena hadap...tahun 2019, bulan puasa turun sampai 10kg..gara2 husband p operasi dekat sabah..anak2 paling tua darjah 1, paling kecik setahun lebih...memang x dan buka pose..huru hara
Deletehahaha... Masa saya melahirkan kembar, anak yang nombor tiga tu belum pandai berjalan dan masih menyusu badan. Stress tak boleh nak cakap bila tiga tiga menangis secara berjemaah
ReplyDeleteYan - Dpt Akak bayangkan bagaimana strugglenya 😱. Time dorang penangisan walau sorang pun dah stress.
Delete