Tuesday, March 26, 2024

Berpindah randah dalam 1 malam..

Assalamualaikum.

Di sini, bukan sesuatu yang aneh jika kita melihat sesetengah orang berbuka di satu mesjid yang lain dan menunaikan solat tarawih dan moreh di mesjid yang lain. Walaupun agak tidak lazim, amalan ini diterima dengan santai. Ada orang mungkin datang berbuka di sesebuah mesjid untuk memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang menjadi AJK mesjid, tetapi mempunyai komitmen lain di mesjid yang berlainan.    Atau mungkin ada yang memilih ke mesjid yang terawikhnya lebih panjang atau lebih pendek atau sebagainya.  Semuanya mungkin bergantung pada tahap kesihatan dan kemampuan masing2.

Yang penting, semangat dan keikhlasan ibadah mereka, bukan tempatnya. Selagi tidak bersahur di dunia dan berbuka di alam barzakh, semuanya akan baik-baik saja!.  😁😁




So blessed bila some of my bestie gigih bergegas ke mesjid ini bila dapat tahu saya ada di sini.
Nasib baik sempat.






Antara yg dihidangkan malam itu ialah nasi kuning.





Ini pula kisah malam semalam, kami ke sebuah mesjid yang berlainan daripada biasa. Seorang kawan lama yang sudah lama tidak bertemu menghantarkan flyer melalui wassap, meminta saya hadir kerana dia mengatakan ada ceramah menarik tentang keibu bapaan di situ.


Dengan bersemangat, saya datang dan memasak pengat satu periuk sebagai persediaan. Hihi.  Tiba-tiba, saya terperanjat. Mengapa tidak ramai orang di sini?. Tak ada pun kelibat kawan saya di situ. Semalam dia begitu bersemangat  untuk berjumpa.





Rupa-rupanya majlis tersebut berlangsung pada waktu pagi, kami pula datang time maghrib. Misleading.  Aduhai, Sam.




BTW tetap happy walau pun geng2 saya tak datang malam ni.   Sedap sangat kari daging dorang buat ni.   Saya rasa ini kari Indonesia sebab AJK penghidang makanan adalah majoritinya orang-orang sana.    Hopefully my friend will spill the tea (memberitahu rahsia kesedapan kari ini).   Saya telah mempelajari pelbagai versi kari seantero dunia melalui sahabat2 global saya tetapi kari Indonesia belum lagi.    Sedap sangat sampai ada seorang Pakistan ni,   hirup macam minum sup.

Balik rumah terus saya masak kari untuk sahur tapi versi Melayu.   


7 comments:

  1. seronok juga dapat berbuka di berlainan masjid....mesti kena tekak smpai boleh hirup kari mcm hirup sup...

    ReplyDelete
  2. jadi apa kesudahannya dengan satu periuk pengat yg miss mirror dah buat tu? berbagi pada jiran ke? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anamizu - Memang I niat nak hantar ke mesjid tu untuk iftar. Jadi pengat tu utk iftar.. cuma ceramah tu dah berlangsung di pagi hari, tapi iftar tetap ada. Alhamdulillah habis dimakan.

      Delete
  3. seronok berbuka di masjid , ada kawan dan lebih meriah

    ReplyDelete
  4. seronoknya berbuka di masjid..suami SA pun sekarang ni rajin berbuka di masjid..ntah bila la dapat tamatkan PJJ ni...risau betul kat makan minum dia...

    ReplyDelete
  5. hope tak terlambat... even dah 16 ramadhan.. Selamat berpuasa Kak Sam!

    ReplyDelete
  6. Miscom ya kak 😄🤭. Kari Indonesia nih Macam2, tp Krn saya orang Tapanuli, sumatera, jadi kari sumatera lebih cocok di lidah saya drpd kari Jawa 😅. Kalo liat dari foto, saya tebak itu kari sumatera, dari kuah dan sepertinya lebih kental juga. Kari Jawa cendrung encer dan warnanya lebih terang.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.