Assalamuaikum muslimin dan muslimat.
Semasa dalam mesjid di Malaysia, (khasnya Kuala Lumpur) baru-baru ini, terfikir dalam hati,
"Kenapa mereka tidak rapatkan saf semasa solat (terawikh).? Mungkin masih ada ketakutan terhadap kobit." Hanya sekadar membiarkan diri tenggelam dalam pemikiran itu.
Saya yakin ia hanya berlaku di ruang solat wanita sebab suami tak bercerita keanehan itu di tempat beliau solat.
Ketika zaman belajar dulu, kami tidak pernah terlepas dari teguran AJK Agama jika saf tidak dijaga dengan rapat. Mereka selalu menegaskan bahawa jika tidak, syaitan akan memasuki celah-celah itu.
Terbaca pula komen netizen, hilang pahala solat berjemaah jika saf tidak dirapatkan. Ya ke?.
Kembali ke Australia, tiba-tiba fenomena ini menjadi viral di Malaysia dan mendapat teguran dari ramai. Sebagai seorang blogger, mari kita turut menyebarkan kesedaran tentang fenomena aneh ini supaya ia tidak berulang lagi. Mungkin mereka melakukan perkara tersebut kerana kurang kesedaran.
Nampaknya di Perth, alhamdulillah semua merapatkan saf.. cuma terkejut sebab...
.. sebab mesjid Turki di Queens Park yang dahulunya terang benderang kini hanya berbumbungkan langit. Sangkakan dah diperbaiki. Ruang solat perempuan ini menerima kesan ribut taufan beberapa tahun lalu, mengakibatkan pokok besar tumbang dan menyapu bersih kemeriahan lalu. Bagaimana pun, ruang solat lelaki masih gah seperti dahulu.
Berkunjung sebentar :)
ReplyDeletecantik nampak surau airport tu.alhamdulillah selesa
ReplyDeletehaaa ada juga nampak orang share psl saf perempuan lompong sana sini
ReplyDeleteIhhhhh samaaa lah kak. Saya waktu di Aceh dulu, mesjid besar tempat saya selalu sholat pasti menekankan selalu rapatkan Shaf. Sampai ada petugas lelaki dan wanita yg bantu merapatkan sambil teriak2. Tak rapat, tak sholat. Lalu saya pindah ke jakarta, aneh pula, Krn di sini seriiing sekali tak rapat ..
ReplyDeleteEven sebelum COVID.
Tapi lebih aneh saat saya ke turkiye. Di sana ternyata lebih tak rapat Shaft nya ๐. Haduuuuh kenapa macam tuh yaa. Tak habis pikir pun