Assalamualaikum uollz!.
Haiiii ni bukan kisah Abang Jamil cerita P Ramlee ye, tapi kisah tong sampah ni ha. Majlis Perbandaran daerah ini (Perth) sedang beralih daripada sistem 2 tong (tong sampah tepi jalan) kepada 3 tong mulai awal 2024. Ini termasuk pelancaran tong sampah FOGO. Apa itu FOGO?. Food Organics Garden Organics (FOGO).
Tong FOGO Penutup Hijau Limau Kasturi 240L ini dikhaskan untuk makanan dan sisa organik seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan hiasan taman. This bin will be collected weekly.
Lawo plak kaler plastik ni. Sumenya free dorang supply.
Kemarin tetiba dapat TONG KECIK HIJAU ni dan 1 roll plastik sampah kecik berwarna hijau. Ajaib juga sebab beberapa hari sebelum tu, ai baru je plan nak beli tong sampah kecik utk kegunaan tepi sinki. Rupa-rupanya Allah bagi free je melalui Majlis Perbandaran. Alhamdulillah... jimat 20 dollars. Motif tong ini, supaya penduduk Perth membuang sisa2 (seperti tertulis pada penutup tong ini - sila rujuk gambar bawah), ikat dan buang ke dalam tong besar yang berwarna limau kasturi tadi.
Tong besar bertutup KUNING pula untuk mengkitar semula botol plastik, kertas, tin keluli dan kaca. Tong sampah ini akan dikutip setiap dua minggu.
Untuk tong bertutup MERAH ia adalah tong sampah am bagi bahan-bahan buangan yang tidak boleh dikompos atau dikitar semula, seperti lampin dan beg plastik. Tong sampah ini juga akan dikutip setiap dua minggu.
Jimat..jimat...selagi boleh jimat kita jimat kan ...
ReplyDeleteKalau bekas/botol yang boleh dikitar semula, saya bagi dekat jiran sebelah rumah. hehehe..
ReplyDeleteseronok betul kalau dapat asing2kan gini...tp, 2 mgu baru kutip, tak banyak ke sampah nya? kat Malysia nie haa...baru sehari, dah membuak2...
ReplyDeleteLinda kdg tu serba salah nk buang sisa makanan dekat tong sampah biasa, sebab nanti berulat kan...terasa mcm nak beli tempat kisar sisa makanan tu je...hihihi..nak tanam sisa makanan, tanah pun takde haaa...
Linda - Tong hijau tu dikutip seminggu sekali, yg lain2 tu baru 2 minggu sekali.
DeleteMenariknya : FOGO!
ReplyDeleteBaru tahu tong sampah hijau tu namanya fogo .
ReplyDeleteKapanlah Indonesia macam nih :(. Di rumah sudah asing2 buang sampah. Tapi saat diambil oleh petugas sampah, tetap saja mereka campur semua jadi satu ... 😔. Masih kacau management sampah di sini
ReplyDelete