Friday, March 1, 2024

Kisah Benar :. Majikan Tak Ambik Staff Muda Dan Cantik

Assalamualaikum uollz.  Teman2 bloggers yang selalu menceriakan hari-hari saya.

Entri terdahulu adalah dirujuk.  Tak dinafikan orang yang sudah berumur menghadapi cabaran untuk mendapatkan pekerjaan. Namun, setiap individu mempunyai pengalaman dan kebolehan yang unik yang boleh menjadi nilai tambah bagi majikan.  Baca kisah ini dan nilaikan..

Once a upon a time... masa tu umur saya muda remaja, baru grad, tak de la lawo sangat pun, biasa je.   Tapi orang lelaki tengok lawo la... kah kah kah.

Ketika itu, saya rajin cari kerja.. dan anehnya apply kerja memang mudah dapat, mungkin sebab cara saya menjawab soalan begitu menyakinkan.  Mungkin beauty privilege pun iya.🤪🤪.       Mungkin juga doa ibu bapa.  Asal pegi interview je tak pernah balik dengan tangan kosong walaupun semua candidates lain bukan calang2 orangnya tapi kalau dah rezeki kan.


KENA REJECT!!!!!

Tapi langit tak selalunya cerah, satu hari tu, saya mohon kerja kat sebuah syarikat kontraktor ni... berani dia reject saya uollzzz.  Eh!. Eh!. Ehhhhhhhhhh!.   Tapi tak ralat sangat pun sebab belum pegi pun interview tu, sekadar mintak orang rekomenkan.   Pastu.. nak tau apa yang "Pakcik" tu cakap?.

Beliau terpaksa reject saya sebab muda lagi, dah tak nak dah ambik budak2 muda lagi sejak bergaduh laki bini asbab isterinya cemburu dengan gadis-gadis muda remaja.  Terskandal dgn staff sendiri kot.  Mana la wife  tak ngamuk. So untuk mengekalkan kebahagiaannya bersama isteri tercinta beliau terpaksa  ambik staff yang berumur je semuanya.   Dalam hati saya... alamak!.  lambat la camni nak tunggu jadi berumur baru boleh mohon keja kat situ.  (Ketika tu lah).

Moral of the story,  tidak semestinya betul bahawa orang yang dah berumur susah dapat kerja. Walaupun ada cabaran tertentu seperti diskriminasi umur, masih terdapat peluang pekerjaan untuk semua golongan. Yang penting, kecekapan, pengalaman, dan sikap positif dalam mencari peluang. Teruskan usaha dan berdoa kerana rezeki datang dari Allah.   Mungkin kalau bukan dapat kat Malaysia, mungkin rezeki tertulis di tempat lain such as UAE, US, Japan dan lain2.   


Hari ni saya masakkan staff sambal terung pipit.


Untuk menguatkan lagi hujah ini, tahun lepas saya pun baru menolak sebuah tawaran kerja dari seorang teman kerana kena terbang 2 kali sebulan.   Harus kang ai jadi makin kurus melidi kepenatan.  Baik la saya fokus je dgn kerjaya sekarang.  Simple and fleksible.  

Selain itu nasihat saya untuk yg dah semakin "muda", jangan lupa jaga kesihatan dan makan makanan yg berkhasiat serta tidur yg cukup untuk mengekalkan kecergasan.

Mostly kawan2 saya di Malaysia yang terpaksa kembali bekerja akibat kembali "single"(ditinggal mati/bercerai), mereka ini berkerja di sektor pemakanan contohnya restoran2.  Senang kot, dekat dengan rumah.  Kalau di Australia, warga2 emas ini kebanyakannya bekerja di kedai2 baju terpakai, klinik dan sbgnya.

Sebagai inspirasi boleh rujuk testimoni yang pernah saya tuliskan di entry terdahulu.   Tentang keajaiban Allah.


2 comments:

  1. mungkin juga kan, ade isteri yang mudah jeles.. kalau suaminya ramai staf perempuan muda yg cantik2.. huhuhu.. x pernah pula terfikir akan hal ini.. tetapi inilah hidup kan.. masing2 ada alasannya tersendiri..

    ReplyDelete
  2. bagus sis makan terung pipit...tp susah betul nk jumpa sekarang, dekat kg pun jarang nampak dah

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.