Sunday, May 19, 2024

Buah Yang Berubah-Ubah Rasa.

Assalamualaikum guysss.

Jika anda ada kawan yang sukar dimengertikan dan sering berubah tingkah laku,  anggaplah mungkin dia ingin fefilling comel macam buah kristal ini kot.  Atau nama glamer dia longan Brazil.  First time ai makan. Rasanya sukar diramalkan, kejap rasa macam durian, tetiba jadi macam rambutan, manggis, nangka, laici, longan.   Just name it!.  Semuanya ada.   Masya Allah tabarakallah.

Mengikut beberapa sumber, kelainan rasa ini dipengaruhi oleh serbuk sari dari pokok-pokok buah di sekitarnya.   Hasil pendebungaan ke macam mana tu?.   Kalau semudah itu ia terhasil, nak lah "sandingkan" ianya dengan bunga melati dan kenanga biar jadi harum semerbak.




Tapi nak kupas kulit dia ni agak mencabar, Sebab tak serapuh kulit manggis mahu pun rambutan.


Beginilah rupa isi kandungannya.   Sesetengah orang makan rasa mabuk.  As for me, so far alhamdulillah.


p/s :.    BTW... icon buah tembikai paling trending sekarang, moga Allah permudahkan saudara kita di sana. 🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉.   Aamiin Ya Robbal Alamin.




11 comments:

  1. Tak pernah makan dan tak pernah dengar nama buah tu. Kecelaruan rasa ye boleh berubah2. Hihi

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Umi - Setakat ni ia berperisa durian + rambutan. Manis.

      Delete
  3. Saya tahu buah ini tp belum pernah lihat langsung dan rasa 😄. Pernah baca saja. Jadi penasaran memang. Tp rasanya jarang ada dijual di sini. Mungkin harus ke toko buah impor yg besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny - I see. I pula baru sekarang tahu tentang buah ini.

      Delete
  4. waahh mcm buah ajaib pulak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anamizu - Nasib baik tak berperisa petai plak kan. Hihi.

      Delete
  5. Macam pernah dengar buah ada rasa macam-macam tapi lupa nama.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.