Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar Pendidik terutamanya Guru-guru yang telah mengajar diri ini. Moga segala jasa dan bakti dibalas oleh-Nya.
Sebagaimana tiap tahun, menarik tema-tema pakaian yang diperagakan oleh kawan-kawan saya yang bergelar Guru (mereka share di wassap dan FB). Ternanti2 juga kalau-kalau ada yang buat tema "eco costume". Tapi tak ada nampaknya. Kalau tak, ai nak let go shopping2 bag dan plastik2 yang banyak kat rumah ni untuk you guys buat baju. 😁.
Bukan apa, aritu nampak Pertandingan Ratu dorang buat gaun dari kanvas biru tu lawo pulak. (Orang lawo, pakai apa pun lawo, kita pakai mungkin macam kemah bergerak. 😅😅). Terus ai imagine kalau kita buat baju kurung pun mesti gempak. Walaupun mungkin Tailor akan sedikit menangis kerana jarum mungkin akan patah berkali2... at least lepas majlis boleh recycle pulak jadi baju hujan.
Moga menjalankan tugas dengan berdedikasi dan ikhlas. Lagi satu nak pesan, jika menasihati (anak murid) jangan sampai menghina kerana ia tak elok untuk jangka masa panjang. Bagi anak murid pula.. hormatilah ibu bapa dan Guru. Sekian.
Selamat hari guru
ReplyDeleteSelamat hari guru..
ReplyDeleteLinda pun suka tgok dekat Fb, guru2 bercostume
Semoga guru2 diberi ganjaran syurga!
ReplyDeleteSelamat hari guru utk semua guru yg sangat berdedikasi mengajarkan murid2nya 🎉🎉❤️. Terutama guru2 yg harus mengajar di daerah terpencil dan remote, tapi tetap semangat mengajar demi pendidikan terbaik buat siswa2 mereka.
ReplyDelete