Sunday, June 30, 2024

Bekas sambal dan cendawan getah

Assalamualaikum guys..

Dulu ai kan pernah tanya bekas sambal kan?.  Ok ai dah beli 2 ketul remekin masa balik Aussie.  Tak koser nak beli banyak2 sebab beg pun cenonet.   Pastu tak nak menambah-nambahkan lagi ruang penyimpanan.



Sengaja beli remekin sebab boleh multitasking, selain berpenutup, ia boleh diguna untuk membakar dan mengukus. Lagi pun warna dia yg biru sangat sepadan dengan pinggan mangkuk biru di rumah ini.

Abaikan sambal belacan yg tidak berlimau itu.  Aritu dah bungkus dalam plastik, sampai kaunter lupa nak timbang.  So kita cancelled order.   Termasuklah sayur-sayuran pun kita cancelled.

Dalam vision itu pula CENDAWAN KUKUR!.  Tersangatlah sedap.   Kat Aussie mana ada semua ni kan?.   Sedangkan kat Msia pun dah jarang jumpa.   Ni kami beli kat sebuah pasar malam di Johor.    Nak memasaknya kena basuh dulu dengan garam.

Disebabkan tak banyak hubby beli, my MIL tambahkannya dengan hirisan jantung pisang.  Ternyata menambahkan lagi kesedapan masak lemak cendawan ini makan dengan ikan masin tenggiri.   Cili juga secukup rasa dan tak terlalu pedas.    





5 comments:

  1. Susah dah nak jumpa cendawan kukur tu.. Masak lemak cili api.. Sedapp

    ReplyDelete
  2. Sedap membuka selera cendawan getah campur jantung pisang, authentiknya.. Lagi tambah kerabu kerang aduhai..

    ReplyDelete
  3. Cendawan kukur dengan jantung pisang. Kedua-duanya sudah jadi makanan rare sekarang ni. Ditambah pula yang memasaknya MIL... pergghhh!

    ReplyDelete
  4. Ada orang bisnes cendawn kukur ni kak..tapi kualiti x sama dengan yang tumbuh pada batang- batang kayu getah...sedapnya kalau dapat

    ReplyDelete
  5. hingga harini ammi masih belum pandai terima rasa jantung pisang tu

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.