Saturday, June 29, 2024

JB, KL... lepas ni apa pulak?.

Assalamualaikum uolls.

Pandainya anda meneka. 😁😁 Ai bagi 100 markah.  Lepas Aussie, tetiba JB.. lepas tu Kay Ell pulak.  (Tapi ini Putrajaya). Misi mencari durian musang king malam tu di Ezy Durian, Taman Kota Warisan.   Tapi terjumpa ekspo pertanian di dalamnya.   Apa lagi, esoknya pun kami pegi lagi lah.. sebab malam tu event blom start lagi.

Apabila terbaca perkataan "pertanian" di kemah-kemah yang mula dipasang, kami terus teringat kepada adik kami, seorang Pegawai Pertanian yang bekerja dalam bidang itu.  Sangkakan beliau akan turut serta dan mungkin kita boleh minum teh bersama-sama.  Pastilah berganda heaven.  

Namun, ternyata expo ini adalah kisah lain, mungkin bertujuan untuk menggalakkan peniaga-peniaga kecil mempromosikan perniagaan mereka.




Pelbagai jualan pokok.  


Gerai durian.



Nangka dan Cempedak nun jauh dari Peqliz!.



Masa ni belum bukak lagi.  


Alhamdulillah dapat beli tudung batik. Selalu nampak  kat tempat lain tapi jauh lebih mahal.






Terdapat juga penjual-penjual mutiara asli dan akhirnya ai dapat membeli sebentuk cincin mutiara untuk dipadankan dengan gelang mutiara yg Cik Q beli dari Melbourne ini.  Match kan?.


4 comments:

  1. Bestnya cari durian. Nampak ada dah orang jual tapi tak banyak lagi. Kalau dah banyak nanti murah la sikit.

    ReplyDelete
  2. Comel mutiara tu.. Nampak memang mcm 1 set

    ReplyDelete
  3. balik untuk cari durian ek.. dapat tak?

    ReplyDelete
  4. Warna mutiara tu... sejuk mata memandang, manis!

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.