Saturday, July 6, 2024

Bukan akhir pertemuan..

  "Tidaklah seorang hamba sering mengingat kematian kecuali dia akan jarang bersuka ria dan jarang mendengki."

Kematian adalah nikmat bagi orang-orang yang beriman. Ia bukanlah akhir dari segalanya, melainkan sebuah awal dari perjalanan menuju kehidupan yang abadi di akhirat. 

Bagi mereka yang meninggalkan amal jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang mendoakan mereka, pahala akan terus mengalir meskipun mereka sudah meninggal. 



Video lama, sepulang menghantar ibu mentua ke rumah anak yang lain sebelum kami balik ke Aussie bulan lepas,  suka melihat burung-burung terbang pulang ke sarang. Dulu, pemandangan ini membuat hati  sayu dan pilu (terutamanya jika ianya adalah langit Australia) kerana teringatkan bonda tercinta di zaman kanak-kanak. 

Kini, setelah emak juga telah pergi, tiada lagi rasa sayu itu. Yang tinggal hanyalah perasaan redha dan memahami makna kematian yang sebenarnya.


3 comments:

  1. Allahu Akbar!
    Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Sama-samalah kita beristiqamah mengingati saat yang tersimpan sebagai rahsia Allah itu.

    ReplyDelete
  2. Semoga Ibu ditempatkan bersama para syuhada dan anbiya di dalam syurga amin.. Ibu segala memori ada bersama sejak dari kecil hinggalah nafas yg terakhir..

    ReplyDelete
  3. Ikut terasa sedih pula bacanya . Ntahlah kali menyangkut kematian ini, saya pun masih merasa takut, sedih dan Macam2 dirasa. Tapi memang, drpd memikirkan itu, better fokus dengan amalan yg tak putus2 meski sudah tiada nanti kan

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.