Monday, September 23, 2024

Beli Sutera Di Pasar Payang, Kuala Trengganu

Boleh gemuk kalau duduk kat Trengganu ni sebab semua menu ikut selera kami. Jadi kita lupakan soal makan, mari cerita tentang sutera pulak lah supaya kurus.

Jika datang Kuala Trengganu ni, memang tak sah kalau tak singgah Pasar Payang sebab kain memang cantik-cantik dan berkualiti.  Kat sini juga baru terjumpa tudung bawal nombor satu setelah merata-rata ai cari di seluruh dunia. Hihi.   






Kompleks Pasar Payang yang baru ini memiliki rekabentuk moden yang mengekalkan elemen tradisional, kompleks ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti gerai makanan, kedai pakaian, dan barangan kraftangan juga emas.
















Lepas ambil gambar kenangan di menara jam, kami sempat jalan di Pasar yang lama cari buah-buahan. Siap untuk dibawa pulang dan buat kudapan masa rehat di hotel.





Sutera ni RM1000++.   Bukan ai beli, saja je tanya Seller sekadar untuk menggali ilmu.  Untuk membuatnya memakan masa 5 hari berbanding sutera2 lain yg berharga antara RM380 - RM500.

Selain sutera, cotton (antaranya viscose) juga cantik2.   Malah ai tengok design cotton pula yg lebih terserlah.  🤭.   Apatah lagi yg berbatu-batu.






Gigih la Mama ni video call Cik Q kat Aussie untuk belikan beliau sutera (photo di atas), hai dok menggeleng2 kepala pulak tak mau.  Jadi kansel la tak jadi belikan dari terbazir tak nak pakai. Si kakak memang tak cerewet, Mama tak yah call lantas beli je terus.  Belikan juga untuk menantu (of coz la bukan sutera sebab lelaki).   Untuk si bongsu pula tak yah tanya, sure satu pe’el dengan Cik Q.


12 comments:

  1. Masa pergi pasar payang tahun lepas, saya beli kaftan batik. basuh kering pakai... basuh kering pakai... tapi warna tetap cantik... suka sangat. menyesal pula beli sehelai aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yan - U make me regret too sbb I pun cuma beli sehelai je kaftan. 😅. Terlambat Yan komen.

      Delete
  2. Sorang lagi ke Terengganu ni. mmg best ke sana kan. mcm nak ulang lagi. best bab batik la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AA - Tak sorang. 😂😂. Haruslah berteman tika bermusafir.

      Delete
  3. Seronoknya dapat cuci mata membeli-belah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eima - Alhamdulillah. Tapi masa suntuk, tak sempat ke mana2 sgt.

      Delete
  4. Nie dah bangunan pasar payang yg baru kan miss mirror?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda - Ya. Betul. Peniaga2 pun mcm baru pindah gayanya tu.

      Delete
  5. Jadi teringat kak Retna dan kawan2 office mates saat ke jakarta yg dicari sangat itu kain. 😄. Saya bukan tak suka kain. Tapi kalo beli kain saja, harus cari tailor yg mampu buat pakaian yg sesuai dengan mau saya dan selesa. Belum lagi harga. Krn tailor sini ntah kenapa mahal sangat 🤣🤣. Itulah kenapa saya tak pernah beli kain. Prefer baju jadi.

    Tapi kalo ke KT, teringin juga cari bawal hijab 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny - I see.
      Ya, kalau ke KT harus beli bawal hijab yg nombor 1, cantik dan mudah dibentuk. Yg no 2 pun ok juga.

      Delete
  6. lupa nak tanya, akak memang ada kat malaysia ke atau ni throwback?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA - Ini bukan throwback, memang di KT waktu entri ini di tulis.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.