Thursday, September 5, 2024

Good bye!.

Assalamualaikum.

Kisah travel sekadar bawa backpack tu sebenarnya masa nak balik Malaysia, tapi semalam balik Aussie terpaksa bawa luggage besar sebab banyak 'khazanah'. Kali ni, my MIL ikut sekali.

Dalam flight, sambung semula menonton filem Orang Kaya Baru yang tak sempat habis tengok masa nak balik hari tu. Nasib baik filem tu masih ada. (Lawo pulak barang kemas yang dipakai artis tu. Eh, tetiba je terpukau dgn benda lain, bukan dgn isi cerita).




Uollz pula apa yang uollz buat bila kebosanan dlm flight?.  

Setibanya di rumah, perut lapar terus bergegas ke restoran Morocco yang ai dah tulis dalam entri terdahulu.  Oh, kali ini ai sempat snap gambar tudung tagine ni. Sup lamb shank dia bertambah sedap, tapi veggie soup pula yang “sederhana rasa” berbanding sebelumnya.   Tapi overall memuaskan hati.




Cuaca Perth masih sejuk. Bagi kita org Asia 12 degree masih dikira sejuk tau. Ditambah pulak dgn hujan lebat di malam hari. Mujur dah belikan my MIL winter coat kat IOI Mall aritu kan?. Jadi beliau dapat jalan2 dgn selesa seperti dalam selimut.  


2 comments:

  1. Oh akak dah balik Aussie....untungnya MIL akak dapat ikut sekali...seronok la dia jalan- jalan nanti tu

    ReplyDelete
  2. Saya kalo long haul flight , jarang menonton film yg ada di pesawat kak. Ntah kenapa banyak tak sesuai selera 🤣🤣🤣. Kecuali ada yg bagus, baru lah saya tonton. Macam ke Azerbaijan kemarin, pakai Uzbek airways, filmnya saya tak paham semua . Krn film lokal mereka 😅.

    Makanya saya selalu download banyak movie dari Netflix utk teman nonton di pesawat. 😄. Macam ke US, habis drama Korea saya tonton sampai tamat 🤣🤣🤣

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.