Friday, September 6, 2024

Minum “parem” (bacaan untuk wanita sahaja).

Assalamualaikum and morning!!!

Blom sempat pun nak merayau menikmati bunga tulip di Araluen, manjang je ada kerja office yang nak kena settlekan.  Tapi jangan mengeluh, kalau ada rasa penat cepat-cepat ingat kat kepala… ikhlaskan dan buat kerana Allah.  Begitulah tip menangani stress.  Hal baik atau buruk, at the end of the day semuanya akan melantun semula kepada kita.  Tenangkan diri dan berprasangka baik pada Allah.

Lihatlah my breakfast.  Ai tak pasti orang lain pernah buat atau tidak, tapi kami dari keturunan “Jerman” ni memang turun temurun minum. Arwah Emak dan kakak-kakak rajin buat. Tapi ni first time for me ler.  Khe3.   Baru first time tapi ada hati nak buat entri testimoni la pulak kan… ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.  Well, ini bukan testimoni ye.  Lain badan lain la kot solusinya.  Kalau preggy jangan lah minum pulak.

 



Sebelum ditumbuk ni tadi, ai bakar dulu ibu kunyit tu atas stove dan buang kulit. Ada juga ai terbaca, direbus setelah ditumbuk tapi ai ikut je lah cara my mum.. tak yah rebus, biar je fresh camtu. Tuang je air panas. 



Oh ya, biasa mereka minum ketika badan rasa tak sedap. Difahamkan untuk melancarkan abc (apa yg ai diberitahu ia untuk menghentikan haid yg berpanjangan).

Menjadikan diri lebih optimis dan tidak huru hara, ceria sepanjang zaman. Secara logiknya kalau period teratur mestilah ceria kan?.   Tapi jangan la minum berlebihan pula nanti cepat meno dan kering (apa yg kering tu fhm2 la sendiri kan)..   Semua yg ai tulis ini adalah hasil pembawangan bersama kawan2 sekolah dahulukala.  Zaman tu group tu masih meriah lagi, sekarang dah krik2.
 



Tetiba terbaca artikel Doktor ni.. Ok ai translate.

“Kunyit sebagai sumber estrogen yang baik untuk wanita mampu bertindak sebagai fitoestrogen. Kunyit juga memiliki sifat emmenagogue yang menstimulasi aliran darah di kawasan pinggul dan rahim.” Sumber : dari sini.

Peringatan :  rawatan ini hanyalah alternatif cara alami, jika kesihatan makin teruk, jumpa la Doktor.


6 comments:

  1. kunyit campur halia campur oren... sedap.. pastu badan rasa ringan je.. orang putih panggil ginger shots

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deq Sue - Kak Sam blom pernah try lagi. Thanks for sharing.

      Delete
  2. Aisssh kakak tahu parem juga ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„. Saya sebenarnya keluarga Batak. Tapi mama dulu dibesarkan oleh kakak ipar orang Jawa. Pelik kan ๐Ÿ˜…. Soalnya mama anak ke 12 dari 12 saudara. Ibunya pula dah meninggal sejak usia mama 2 tahun. Makanya diasuh bergantian oleh abang2nya yg sudah menikah. Orang Jawa ini memang banyaaak sangat tradisinya.

    Salah satu parem dan jamu. Saat saya selesai melahirkan, mama lah yg menjaga sampai 40 hari. Dan memastikan saya pakai parem yg dia buat juga minum semua jamu ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Ya Allah kalo jamu tuh manis tak apa. Ini pahiiit sangat. Tapi tak bisa menolak, harus minum ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny - Oh patutlah U slim & cantik. Minum parem juga rupa-rupanya. ๐Ÿ˜

      Delete
  3. CCL sebulan sekali selalu buat jus kunyit .. rebus kunyit hidup dengan asam jawa ..letak masu @ gula perang ..sedappp !! Hilang sengal² badan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CCL - Wah!. Rupa-rupanya saya yg tertinggal keretapi. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜…

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.