Friday, September 13, 2024

Terjumpa Surau Di Mandurah


Di Aussie, bukan manusia sahaja yang ada kubur, binatang pun turut dikebumikan. Baru-baru ni, Ain ajak kami melawat kubur "arwah J". (Nak sebut nama penuh si bulus kesayangan pun rasa tak sanggup). Tapi, ai tak nak pergi lah, sebab kemarin anak lelaki ai yang sado pun menangis bila ke sana, ini kan pula Mama. Jadi, kita lupakan bab penangisan ni, cerita benda yang happy-happy je, ok?



Paling menggembirakan hati bila pergi ke satu tempat dan tetiba terjumpa masjid atau surau. Rasa tenang terus datang menyelubungi diri. Baru-baru ni, kami terjumpa sebuah surau di Mandurah.  




Tak banyak yang ingin ai tulis tentang Mandurah sebab telah banyak perincian tentangnya di dalam entri2 terdahulu. Cuma ingin ditambah di sini, kedai2 (terutamanya kedai makan) banyak tutup pada week day dan meriah ketika weekend.




Jadi kami tak makan di Mandurah, sebaliknya mencari menu2 melayu di Victoria Park nun menghala ke bandar iaitu Restoran Santai-santai.   Nasi lemak dan udang kari dia ni highly recommended. 

3 comments:

  1. Replies
    1. Linda - ha’ah… tapi bukan di Mandurah. Kat sana mostly seafood & western.

      Delete
  2. Kapan lah saya ke Aussie ini yaa 😄. Dah lama teringin, teman2 pun banyak di Perth . Tapi asyik tergoda dengan negara lain saja 🤭. Aussie ini mahal visa nya juga 😅. Teringin juga nak eksplor Perth dan sampak ke gold coast. Ada themepark yg saya nak coba di sana.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.