Tak sangka dah 14 tahun rupa-rupanya dari tarikh terakhir kunjungan kami ke York. Terasa macam baru semalam je menggedix bersama anak3 di ladang gandum. Tapi kalau tengok pada gambar di kunjungan pertama tu tak de la beza sangat pun muka ai untuk kunjungan kedua hari ni. (Kekeke. Jgn marah ye, gurau je). Sebenarnya sangat letih sepulang dari sana, maka kita tak boleh serius2 sangat, nanti muka cepat kerepot.
York adalah sebuah bandar kecil yang terletak di wilayah Wheatbelt, Western Australia. Dengan suasana sejarah yang kuat, York mempamerkan banyak bangunan warisan dan senibina kolonial, yang menarik pelancong untuk melihat warisan seni bina dan budaya yang terpelihara dengan baik.
Bandar ini terkenal dengan festival-festival tahunan seperti York Festival yang merangkumi seni, muzik, dan budaya, serta Avon Descent, sebuah acara bot air yang popular di sungai Avon yang mengalir melalui bandar ini. Selain itu, York juga terkenal dengan pemandangan semulajadi yang indah, dikelilingi oleh bukit-bukau, ladang gandum, dan taman-taman negara.
Tempat-tempat menarik di York termasuk York Motor Museum, yang menempatkan koleksi kereta klasik, serta Mount Brown Lookout, di mana pengunjung boleh menikmati pemandangan yang menakjubkan dari kawasan persekitaran.
Tapi kunjungan hari ni kami tak singgah ke Motor Museum ni (dulu dah pegi). MIL tak boleh jalan jalan sangat, sekali sekala kena duduk berehat. Mujur hari ni Si Ain ikut serta, dapatlah melayan Atoknya ngopi di cafe sementara kami ronda2 di kedai2 kecil di kawasan ini.
Sebelum tiba di York, tiba-tiba kereta yang kami naiki mengeluarkan bunyi pelik. Semua orang dah mula panik, ingatkan tayar pecah! Suspens sekejap. Rupanya, ada komponen kecil yang tercabut. Malangnya, bengkel kereta terletak 40 minit lagi dari tempat kejadian. Nasib baik ada handy plast dalam kereta—tak sangka berguna juga! Pesanan penting: lain kali, pastikan duct tape ada dalam senarai tool box anda. Memang multi-guna untuk macam-macam situasi!. Kemarin luggage my MIL pemegangnya patah pun kami guna duct tape (tapi tertinggal di rumah).
York juga merupakan destinasi popular bagi mereka yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk kota Perth, menawarkan suasana yang tenang dan damai. Untuk bulan ini, bunga canola yang menguning menjadi tumpuan pengunjung. Tapi awas!. Baunya agak pelik. Jika pegi beramai-ramai jangan pula menyalahkan sesama sendiri kerana bau aneh itu sebenarnya dari bungaan tersebut bukan dari teman2 anda yang “ngences”.
Walaupun menempuh perjalanan yg panjang, semuanya lega dapat menunaikan hajat MIL untuk posing depan bunga-bungaan setelah beliau frust tak dapat nak memanjat Araluen melihat tulip sedang mengembang tempohari atas faktor kesihatan.
ala kesiannya kereta luka... bunga tu cantik tapi bau dia tak melekat pada kita kan
ReplyDeleteBeda aromanya dengan canola oil ya kak? Jadi penasaran pula 😄.
ReplyDelete