Tuesday, October 1, 2024

The Joy in Little Things.

Dalam hidup ini, kalau tak dapat apa yang kita suka, belajarlah untuk suka dengan apa yang kita dapat. Hidup tak selalu berjalan mengikut apa yang kita pilih, tapi kita masih boleh memilih untuk bergembira dengan hal-hal kecil 😊. 


“Malam ni ramalan cuaca kata nak ribut.”. Kata ibu mentua dengan nada risau sambil meletakkan sup kepala kambing di atas meja.


Namun, sebaliknya ai tidak terganggu dengan berita itu. Malah gembira mula menjalar dalam diri. Ya, hujan selalu menjadi salah satu hal kecil yang mendatangkan ketenangan. Bunyi titisannya yang lebat di rumah ibu mentua memiliki keistimewaan tersendiri kerana bumbung bilik kami yang rendah membuatkan bunyinya bergema lebih jelas, memantul keras seperti irama yang melenakan. Sebab tu tiap kali hujan turun,  ai hanya tersengih sendirian, memejamkan mata, menikmati kedamaian yang datang tanpa dipaksa. 







Ianya hal sederhana, tapi memberi ketenangan yang mendalam. Awak pula, apa hal kecil yang selalu buat awak gembira?.

p/s :   Saja je update kejap untuk distract dari memikir keja2 opis yg menimbun.   Blogging is my passion yaw!.



No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.