Thursday, December 19, 2024

Al Fatihah

Pagi tadi kami mengambil teman dari Australia di airport. Dalam bahagia ada pilu yang tak dapat disembunyikan. Malam tadi sedang kami berbual rancak dan teruja di wassap tentang itinerary percutiannya ke Eropah tetiba kami dikejutkan dengan berita yang meluluh tangkai hati. Seorang sahabat, yang telah lama berada dalam lipatan kenangan, telah pergi buat selama-lamanya di kota kelahirannya, Indonesia.

Bagaikan batu yang menghempap kepala. Jiwa seakan cuba menafikan sebuah hakikat. Berulang kali fikiran ini terbang jauh, merentas waktu, membayangkan segala impian yang belum sempat digapai—sudah seringkali berazam untuk menziarahinya jika kami ke Jakarta lagi. Namun, takdir lebih pantas menentukan segala-galanya.






Tiba-tiba, memori-memori indah berputar kembali di minda. Moment2 sederhana  yang penuh makna—saling bertukar juadah (kerana arwah adalah jiran kami di Aussie). Setiap detik manis itu kini terasa begitu berharga, seperti mutiara yang terperosok di dasar hati, terawang2 dalam kenangan.

Lebih menyentuh lagi, arwah yang sentiasa ceria, tidak pernah mengungkapkan kesakitan yang ditanggungnya. Dia memilih untuk menyimpan semuanya mungkin tidak mahu memberatkan fikiran siapa-siapa. Sikapnya yang penuh keceriaan dan tenang ini adalah cerminan keperibadian yang mulia, sesuai dengan kedudukannya sebagai isteri kepada seorang tokoh terhormat.

Al-Fatihah untuk arwah, semoga tenang di sana. Kehilangan ini membuka mata ini tentang betapa singkatnya waktu yang kita miliki. Hidup ini bagaikan debu yang terbang dihembus angin—tak tahu bila ia akan hilang. Maka, hargailah setiap detik bersama orang yang kita sayangi, kerana mungkin itu adalah detik terakhir kita bersama mereka.

Nota :  gambar adalah ole2 dari kawan ai.  Alahai buat report2 saja kamu ni Mbak.  




No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.