Friday, December 20, 2024

Melayan Tetamu Sebelum Ke Eropah

 Walaupun sedih tidak dapat menyaksikan pengembumian teman akrabnya di Jakarta kerana kehabisan tiket pulang, alhamdulillah transitnya di Kuala Lumpur berjalan lancar. Kelihatan mereka happy dan dapat apa yang dihajati. Ternyata Allah mempermudahkan urusan seorang insan soleh & solehah seperti beliau. Mungkin juga hasil istiqamah mereka dalam tahajud kot?. 😂 Oh ya, beliau memang rajin mengaji you know!. Setiap Ramadan selalu khatam tiga kali! Subhanallah. Sam pula? Hmm, tidaklah begitu..puan-puan. 😅


Namun begitu, apa yang menarik adalah bagaimana Allah mengatur perjalanan ini dengan begitu indah.

Pada hari kedatangannya, entah bagaimana jadual kerja kami yang biasanya sibuk tiba-tiba menjadi lapang. Selalunya pasti ada sahaja panggilan atau tugasan yang datang, tetapi kali ini kami dapat memberi sepenuh perhatian untuk menyambut mereka. Sungguh, rezeki yang tidak disangka-sangka.



Kami sewa penginapan untuk mereka apa adanya.



Mencari Produk Halal

Memahami cabaran mencari makanan halal di Eropah, mereka ingin membawa produk yang mudah dan sesuai untuk dibawa bercuti ke sana.   Selalunya mereka beli di Indonesia, di KL mestilah tak tahu.


Jadi ai mencadangkan beberapa jenama halal tempatan yang berkualiti. Ditemani pemandu kami, mereka ke kedai runcit berdekatan untuk membeli barangan yang diperlukan, sementara kami pula balik mandi dan berehat.







Durian berhampiran KLIA

Mereka sempat menyebut teringin merasa durian Malaysia.  Mereka kata durian Malaysia adalah yang paling sedap di dunia.  Masya Allah!.  So, I put it in their itinerary. Jadi, lepas lunch di Putrajaya  kami membawa mereka ke kawasan berhampiran KLIA 1, walaupun musim durian baru sahaja bermula. Alhamdulillah, ada! Setelah memilih durian dengan penuh keterujaan, baru sahaja kami ingin membayar, mereka pula yang mendahului. RM300. 

Alamak!!!.   Segan la pulak.

 "Gimana ini, Pak? Tetamu pula yang bayarkan?"




Selesai berdurian, kami pun hantar mereka ke KLIA dan sobssszz!.  Sedih pulak terpaksa berpisah sementara.  Ketemu nanti di Perth ya, insha Allah. 

Meskipun pertemuan ini singkat, ia penuh makna. Rezeki tidak hanya pada makanan atau hadiah, tetapi juga pada kelapangan waktu, keikhlasan hati, dan ukhwah yang terjalin. Sungguh, bila Allah ingin mempermudah sesuatu, tiada yang mustahil, walau pun sekadar transit, terasa macam seminggu percutian pula.  Dan kami sekeluarga turut merasai aura2 kegembiraannya.. dah macam pegi rombongan pula.


7 comments:

  1. wah, dah musim durian yer? sedapnye... Alhamdulillah Allah melapangkan masa akak untuk melayani tetamu.. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. kak sam.. aida baca mula2 ingatkan akak sempat bawa kawan jln2 sebelum dia meninggal.. rupanya kawan dia yg meninggal 😅😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida - 😂😅.. Kak Sam pun puas mikir ayat apa yg sesuai dan lebih difahami oleh pembaca. 3,4 kali edit juga ni supaya entry ringkas dan padu.

      Delete
  3. Aiiih sedihnya, tak bisa melayat teman yg meninggal. Tapi diganti juga karena bisa bertemu kak Sam sekeluarga, jalan2 dan menikmati KL . Hahahaha durian premium di sana memang mahal, tp saya akui sebanding sangat dengan rasa yg didapat 😍. Saya pun tak pernah menolak makan durian di Malaysia walopun mahal.

    ReplyDelete
  4. Aduhai..sedapnya durian....kat Seremban ada tapi mahal plak...seram nak beli

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, dilapangkan masa menyantuni sahabat lama.. puas hati bila org happy kan kak?

    Mknn kembara dah byk dh skrg, dh byk pilihan.. kat petronas pun ada jual, brahim's skrg pun dh masuk mydin, sy suka jugak beli utk stok kalau anak je kat rumah, x payah masak or order grab, panaskan lauk brahim's je sonang

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.