Bulan ni memang penuh dengan aktiviti menunggu orang. Ya! Kami dah jadi “Penunggu Airport”. Hahaha.
Ternyata banyak hikmahnya, dalam pada asik menunggu terjumpa satu kafe di KLIA 1 yang betul-betul memikat hati.
Menu simple tapi rasa dia luar biasa! Mee hoon dia buat ai teringat zaman sekolah rendah dulu. Macam air tangan makcik kantin. Setiap suapan penuh nostalgia sambil menunggu ketibaan seseorang. Berjam pun tak terasa.
Adik kaunter pun elok je melayan kecerewetan. Ai minta dia panaskan mee, ternyata menambahkan lagi kesedapannya.
Otak-otaknya pun istimewa!. (Entah la otak2 atau sata). Sebab seingatnya dia tulis otak2 tapi dibungkus macam sata. Tapi memang sedap giler. Dibakar sempurna, teksturnya lembut dengan aroma daun pisang yang menambah keenakan. Susah nak jumpa otak2 yang "kena dengan tekak" apatah lagi di tempat macam ni, tapi Kopi Tiam memang tak mengecewakan.
Update .: I told you!. Ai ni kan “Penunggu Airport”. Pada 25hb ai datang lagi (menunggu orang lagi), then guess what?. Kedai ni dah tak ada. Puas juga berpusing2 cari tapi dah jadi kedai lain.
Mati- mati SA ingat betul airport berpenunggu...rupanyaaa....hahahaha
ReplyDeleteMenunggu orang sambil menikmati mee hon dan juga kopi Tiam, sambil makan sambil bernostalgia, ah mantap lah itu Mbak.
ReplyDeleteSalam,
masa menunggu tu boleh kite gunakan sebaikbaiknye... :D makan pun sedap.. yumm yumm yumm
ReplyDeleteBihun kosong macam tu selalunya sedap.
ReplyDeletetak pernah makan mihun masa dikantin dulu jadi taktau apa rasa mihun kantin
ReplyDeleteEh, takkan dah halimunan, entah-entah kedai bunian yg akak rasa meehoon dan sata sedap tu... jeng jeng jeng
ReplyDelete