Assalamualaikum w.b.t and morning!!
Bagi pelancong-pelancong Muslim, mencari restoran halal adalah bahagian penting dalam perjalanan. Kita bernasib baik kerana Thailand mempunyai pelbagai pilihan tempat makan halal. Itu pun hanya ai ketahui setelah seharian di sini. Sebelumnya berlapar di hotel, kalau ada pun bekalan makanan hanyalah roti.
Ini termasuklah Ali Thai Restaurant yang menawarkan gabungan sempurna rasa autentik masakan Thai dan jaminan pematuhan halal.
Terletak di kawasan bandar yang sibuk, Ali Thai Restaurant menonjol bukan sahaja kerana pensijilan halalnya tetapi juga hidangan yang berwarna-warni dan penuh rasa, yang benar-benar mencerminkan keaslian masakan Thai.
Akibat terlalu penat, kami memilih makan di meja Jepun yang dideko ala2 Arab + Thai. Nasib baik servis pantas, kalau lambat sikit mungkin dah tertido kat situ sebab penuh dengan bantal.
Salad ni sebenarnya kami tak oder pun tapi waiter tersalah hantar, sebelum diambil semula sempat pula ai snap untuk aktiviti blogging.👻
Ikan.
Mostly di Thailand, tom yam bersusu dah jadi kebiasaan. Susu cair atau susu pekat digunakan untuk menambah rasa lemak. Kombinasi rasa dia unik—pedas, masam, dan creamy sekali gus. Resepinya yang tidak terlalu pedas ini membuatkan ianya sesuai untuk tekak antarabangsa terutamanya pelancong.
Untuk ke Pratunam Mall ini, kami naik ferry. Pulangnya pula naik tuk tuk yang banyak terdapat di depan Mall tersebut. Untuk dinner pula kami tapau menu2 di gerai2 ini saja (depan mall) sebab mostly bertanda halal.
Antara gerai2 halal yang terdapat di hadapan Pratunam Mall.
Di Mall ini juga terdapat pizza halal. Belum try lagi, so tak dapat nak komen apa2 tapi kelihatannya sedap.
P/S : Jika anda ada pengalaman mengunjungi Halal Restaurant di Thailand, jangan lupa share di ruangan komen.
sedapnye.. rindu makanan sana.. kalau akak kenal org thailand di sana.. akak request die masak.. lagi sedap dr di kedai..
ReplyDeleteKalau ada rezeki ke Thai tahun 2025 ni boleh la search entry ni.
ReplyDelete