Assalamualaikum uollz!.
Walau pun kepenatan sebab siang dah merayau ke Siam Central tapi lepas maghrib kami menyempatkan diri berjalan-jalan di Jodd Fair pula, salah satu pasar malam di Bangkok yang bersih, tenang dan tak berapa sesak (Mungkin masih baru kot, wallahualam). Motif utama ke sini sebab baju tido dah habis. 😂. Begitu juga Cik Q. Ini adalah pertama kali ai melancong “sehelai sepinggang” sebab melalui research yang ai buat dari youtube, baju kat Bangkok ni cantik2, ala2 Korea…rugi la kalau beg dah penuh dari rumah. Tapi saranan ai, tudung bawa la lebih dlm 3, 4 helai sebab macam tak nampak pulak tudung2 yg macam kita2 pakai. (Just my personal opinion ye, lain org lain citarasa). Bagi peminat Thai Silk ada je shawl tu terjual kat Ikon Siam. Harga dlm 1000++ baht.
Cik Q pula sibuk memilih cenderahati untuk kawan-kawannya. Macam-macam jenis barang menarik yang boleh dibeli—keychain, magnet peti sejuk, dan perhiasan kecil yang cantik dan unik.
Ini yang kami oder tadi.
Sebenarnya, sepulang dari sini kami merancang untuk singgah ke satu lagi pasar malam yang hanya mengambil masa lima minit berjalan kaki dari situ. Tetapi, masing-masing dah kepenatan selepas seharian berjalan. Akhirnya, kami memilih untuk balik ke hotel dan berehat.
Kadang-kadang, dalam perjalanan seperti ini, kita perlu bijak membaca keadaan diri dan orang tersayang.
Berikut ini ai senaraikan tempat shopping baju yang best2 dan agak murah :-
1). Pratunam Mall (Ada banyak zon, jalan je ler kat situ dan tanya zon mana atau baju apa yang uollz nak cari). Dalam tu boleh rambang mata. Jangan lupa baca doa pendinding masuk pasar. Kekeke.
2). Chatuchak Market.
Insha Allah akan diupdate lagi bila dah dilawati.
Semoga impian anda untuk melancong ke sini satu hari nanti bakal menjadi kenyataan!. Aamiin.
Kena buat target ni nak pergi nanti. Tak pernah lagi ke sana.
ReplyDeleteSenang gini.. Bawa beg kosong je... Hihihi..
ReplyDeleteSelamat bershopping lg
ok masuk dalam list!
ReplyDelete