Sunday, December 29, 2024

Chatuchak Market, Thailand

Assalamualaikum uollz!

Jika di Malaysia ada Pasar Seni, di Thailand pula ada Chatuchak Market.   Ia dikatakan pasar yang terbesar di dunia, menawarkan pengalaman membeli-belah yang penuh warna-warni.   Bayangkan ada 15,000 stalls you know!.  Ai pun mengusap2 mata, betul ke figure yang dibagi ni?.  Maksudnya kami pegi tadi sekadar 10% pastu Cik Q dah sibuk ajak balik. Si adik dan ayahnya ok je, steady  menunggu.   Asalkan mereka dah kenyang (ada restoran halal di situ).


Untuk memastikan kunjungan anda selesa dan menyeronokkan, berikut ai berikan beberapa tip penting: 

Eh!.   Kita cuci mata dulu dengan gambar.



Shawl2 juga terjual di sini dari serendah RM13.







Pertama, pastikan anda memakai pakaian dan kasut yang selesa. 

Cuaca kadang panas, jadi bawalah topi sebagai pelindung. Jika lupa membawa topi, ada juga terjual dengan harga serendah 80 baht (RM7). Tetapi, jika ingin menyemarakkan rasa bangga terhadap negara sendiri, bawalah topi dari rumah yg bertulis "Malaysia."  😂😂


Ni ai beli dgn Ah Soo kat kaki lima je masa nak naik train
ke pasar.




Kedua, datanglah awal. Pasar ini dibuka sekitar jam 9 pagi, dan waktu pagi lebih sesuai untuk berjalan-jalan tanpa kesesakan orang ramai. Selain itu, bawa wang tunai secukupnya kerana kebanyakan gerai mungkin hanya menerima pembayaran tunai. Untuk memastikan anda tidak terlepas apa yang dicari, buatlah senarai barang yang ingin dibeli. Dengan begitu banyak gerai, mudah untuk terlepas pandang barang yang anda inginkan atau terbeli yang tidak perlu.

Waktu Operasi :-
Chatuchak Market terletak di utara Bangkok dan beroperasi pada hujung minggu, iaitu Sabtu dan Ahad, dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Lokasinya mudah diakses melalui MRT (Kamphaeng Phet Station) atau BTS (Mo Chit Station). Jadi, jika anda berada di Bangkok, jangan lupa untuk meluangkan masa di pasar ini!



Preloved branded handbag juga terjual di pasar ini.



2 comments:

  1. Mak oi byknya stall, 15,000?? brp km tu nk jalan? cukup 10,000 step terus di situ kalau mcm tu

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.