Assalamualaikum uollz!
Singgah di kedai yang cukup terkenal di Bangkok, Gentle Woman, memang lain macam suasananya. Kedai ni penuh sesak, dan ramai pula pelancong Malaysia!.
Apa yang menarik sangat tentang Gentle Woman ni?. Selain beg mereka yang minimalis dan trendy, brand ni memang eksklusif di Thailand sahaja. Hanya di sini boleh dapat, sebab tu ramai yang tak lepaskan peluang ini kot. Ai pun, apa lagi, terjebaklah beli satu! Dah alang-alang di sini, karang balik Perth atau Malaysia, asyik terbayang-bayang pula kalau tak beli.
Itu pun dua kali pegi baru beli, masa di Siam Square tu ari sekadar temankan Cik Q je, membelikan untuk teman2 rapatnya di Aussie.
Pastu nampak Cik Q pakai macam elok pulak, lantas terpikir nak beli la jugak!. Kebetulan nampak kedai yang sama di Icon Siam pula.
Kadang-kadang, benda macam ni lebih kepada sentimental value. Bukan soal barang tu semata, tapi pengalaman membelinya di tempat asal, itu je la kot jadi punca membeli.
p/s : Jika di Aussie, brand MIMCO adalah produk tempatan yang agak famous di kalangan pencinta-pencinta bag. Apakah brand beg yang hanya terjual di negara anda?. Sila kongsi di ruangan komen.
Ooo okay.. Brand di Bangkok sahaja Gentle Women ni.. okla terbeli satu sbb dah smpai ke sana kan..
ReplyDeletewahh... besar kedainya di sana... x tau pulak gentle women ni asal dr bangkok... skrg ni mmg trend org pakai beg jenama ni
ReplyDeletewah..kat sana kedainya besar ye...kat sini kena beli online..x tau la original dari sana atau sebaliknya...
ReplyDelete