Wednesday, January 1, 2025

Cara Jimat Melancong Di Thailand



Assalamualaikum and morning!!

Kami pun tak sangka percutian ke Bangkok ini sangat menyeronokkan.   Alhamdulillah.  Dengan adanya muda mudi (anak-anak) semuanya jadi ringkas.    Idea-idea mereka yang bernas (allahuma bariq) menjadikan perjalanan menjadi lebih menarik dan kadang-kadang penuh kejutan. Mereka selalu ada cara untuk memikirkan alternatif yang lebih murah tetapi tetap menyeronokkan.

Kami hanya menaiki MRT saja untuk ke mana-mana!.  Dah buat macam negara sendiri. ๐Ÿ˜‚ Bila semua setuju untuk bergerak dengan pengangkutan awam, banyak perkara dapat dijimatkan berbanding menyewa kereta dan mengupah pemandu pelancong.

Bangkok terkenal dengan kesesakan lalu lintasnya, jadi MRT memang pilihan yang paling praktikal. Tambang pun berpatutan, tak perlu pening kepala fikirkan tol atau parkir. Dengan perancangan yang betul, kami boleh singgah ke pelbagai tempat menarik dalam satu hari tanpa rasa terkejar-kejar.


Cara pembayaran, ada yang perlu beli tekit di kaunter dan ada yang hanya swipe menggunakan card.




Ini lah dia Platinum Mall, tempat menjual baju bajan.   Kali kedua ke sini baru dapat snapkan untuk anda. 


Selain train, feri juga satu pilihan yg bernas.  Jangan takut ia tak memabukkan langsung.  Kami naik ni dari Platinum Mall untuk balik ke hotel.






Tempat jualan baju di zon 3, bukan di sini jadi tak dapat nak snapkan.  Walau pun berdekatan tapi time ni nak cepat tak sempat singgah pun kat zon 3 tu. 






5 comments:

  1. Bestnya jalan2 negara orang kena pandai explore kan.

    ReplyDelete
  2. Betul tu mmg jimat naik train Mrt di Bangkok.. byk destinasi yg blh di tuju. Kalau dh seronok tu boleh dah pergi jauh lagi insyallah..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, anak happy mak ayah pun happy.. as long as anak² bersama mmg enjoy

    ReplyDelete
  4. Kat dalam Platinum Mall ni boleh bargain x kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA - tengok pada penjualnya, ada yang muka ok & manis kita boleh bargain. ๐Ÿ˜‚. Tapi klu harga mmg dah murah RM30, jarang la dpt diskaun kecuali beli lebih.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.