Pengalaman bermusafir boleh menjadi ujian spontan yang mendedahkan sifat sebenar seseorang kerana dalam perjalanan, adalah sukar untuk berpura-pura atau menyembunyikan keperibadian sebenar terlalu lama.
Justeru itu memilih teman musafir yang tepat dan sefrekuensi adalah penting kerana percutian itu bukan sekadar melawat tempat-tempat baru, tetapi momen untuk merehatkan minda dan menikmati kebahagiaan. Hanya dengan mereka, setiap langkah perjalanan akan terasa ringan dan penuh makna. Jika banyak drama, tak berdisiplin (bangun kesiangan misalnya), pastilah akan menambahkan tekanan pula.
Macam kami ni sebab sekadar trip anak beranak, jadi tak ada la isu sangat. Namun, itu tak bermakna semuanya berjalan lancar tanpa rintangan. Ada juga momen-momen menjengkelkan… kekeke…contohnya tersalah arah, terhilangkan tekit atau salah faham kecil. Tapi, anehnya, bila bersama orang yang sefrekuensi, perkara-perkara itu akhirnya jadi bahan yang melucukan. Malah, ia sering menjadi kenangan paling manis untuk dikenang setelah pulang.
Contohnya, ada lah sorang hamba Allah tu dengan penuh yakin ingin membelikan ai aiskrim yang ai sendiri rasa was-was (entah halal ke tak). Dia kata, "Relax lah, kan ada wanita bertudung beli tu" Ai pun diamkan saja walaupun hati masih ragu-ragu. Ai pikir biarlah dia je yg makan, ai tak nak. Pastu bila ais krim tu siap dia tak nak makan pulak. Dia kata ai yang nak tadi..
Grrrr!!!. Tapi, sedang asik nak snap ais krim tu, tiba-tiba terjatuh. Ah, lega! Kekeke. Walau pun habis comot satu badan, satu kepuasan dapat “hilangkan” ais krim tu sekelip mata. Maka itulah terjumpa bilik air yang unik di atas. Lawo kan?.
Itulah keindahan bercuti bersama yang tersayang. Bukan sekadar lokasi yang menjadi cerita, tetapi juga momen-momen kecil penuh makna yang mewarnai perjalanan.
Btw, jika ada ketidak sefahaman pun kita boleh adjust, contohnya yg sorang suka view2, ai pulak lebih suka pegi Mall. Tapi ai layankan saja.
SA setuju...pernah melancong ngan kawan- akwan..tapi macam- macam peel..penting sebenarnya yang sefrekuensi...suapaya xde masalah dan kita x puas melancong
ReplyDeletesetuju... kalau x sehaluan x best sgt.. makan hati
ReplyDelete