Tuesday, February 4, 2025

Pernah tak hilang beg masa travel?.

Malam tadi, sedang bersiap untuk tidur, tiba-tiba telefon berbunyi. Rupanya kakak dari Oman mengirim pesan—katanya ada ole-ole untuk ai, sehelai shawl dari sana.

Terhibur pula hati. Bukan kerana shawl semata-mata, tetapi kerana ingatan itu. Dalam banyak perkara yang beliau dah lalui di sana, masih terbersit juga ingatannya pada adiknya ini.  Masa baru sampai di Mesir aritu, luggage beliau hilang.   Kesian juga mendengarnya.  Alhamdulillah dah ditemui pun.     Moral of the story, kalau kita di kaunter (masa nak ambik boarding pass), pastikan betul-betul sticker sudah dilekatkan pada luggage kita. Kadang-kadang perkara sekecil itu boleh menyusahkan kalau terlepas pandang.  Dan jangan lupa snap gambar bag2 tersebut supaya senang dikenal pasti.  Tulis juga sedikit butiran, phone atau email untuk mudah dihubungi jika beg kita tersesat di mana2.





Oh bukan ini ye.  Ni fabrik batik yang beli kat Trengganu aritu.  Baru habis deal dgn my fav Tailor sebab nak tukar design. ๐Ÿ˜….  Mulanya nak buat kurung moden (sebagaimana pesanan yg tertera pada gambar), akhirnya lebih elok buat  Kurung Pahang saja.  Cotton batik sebegini mudah kronyok, tapi sesuai utk cuaca Aussie di musim panas. Jadi bila buat kurung Pahang, mudah untuk menyarungkannya dan lebih selesa untuk bersantai2.





Upload satu, pemandangan di Oman.  Moga one day kita dapat ke sana pula.  Aamiin.


Ok itu saja entri sebagai hiburan diri sendiri.
Bukan nilai hadiah yang membuat kita gembira pun, sebab shawl ai pun dah segerobok ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚tetapi perasaan dihargai dalam ingatan seseorang itulah yang utama.


5 comments:

  1. Alhamdulillah jumpa semula beg tu.. kat mesir pulak tu.. apa syukur kalau dpt semula.. so far tak pernah hilang beg lagi.. hilang duit pernah sekali.. hilang stroller sekali...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, seronok tu tanda kita bersyukur dan b erterima kasih kepada si pemberi kan kak..

    ReplyDelete
  3. SA suka corak batik asli Trengganu walau sedikit pricey harganya

    ReplyDelete
  4. Sampai skr saya bersyukur belum pernah mengalami bag hilang atau tertinggal atau terbawa ke destinasi lain. Jangan sampai kak ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Tapi teman pernah. Kami sama2 traveling, ke Jogja saat itu. Bag dia ntah macam mana cerita bisa terbawa pula ke Makasar ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Terpaksa lah dia tak ada baju selama di Jogja. Nasib baik ada insurance, dia bisa belanja baju di Jogja sampai 500k, nanti semuanya diganti insurance.

    Itulah kali pertama insurance ini bermanfaat ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜„. Saya beli insurance travel hanya jika ke Luar negara. Kalo domestik destinasi saya tak pernah.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.