Assalamualaikum Puan-puan.
Tertarik pulak dengan topik yang berlegar-legar di beranda lantas ingin membelogkannya untuk pengetahuan am. Dalam masyarakat, autism sering dikaitkan dengan kanak-kanak, tetapi ramai rupa-rupanya individu dewasa hanya menerima diagnosis pada usia yang lebih matang. Fenomena late diagnosis ini semakin mendapat perhatian, terutamanya dalam konteks perkahwinan, di mana pasangan mula menyedari perbezaan dalam interaksi sosial, komunikasi, dan gaya pemikiran suami mereka.
Autism bukan satu penyakit tetapi lebih kepada perbezaan neurologi, so jangan salah faham ye. Malah ada antara mereka IQ jauh lebih tinggi dari kita.
Lelaki dewasa yang menerima diagnosis lewat mungkin telah lama berdepan dengan cabaran dalam memahami emosi, mengurus hubungan sosial, dan menyesuaikan diri dengan masyarakat.
Adakala ia tidak begitu ketara ketika bercinta atau dalam fasa awal perkenalan. Sebelum berkahwin, seseorang mungkin mampu ‘masking’, iaitu menyesuaikan diri dengan norma sosial dan menyembunyikan cabaran yang mereka hadapi. Ini menyebabkan pasangan tidak dapat mengenal pasti dari awal perkenalan
Autisme yang Ringan, Sukar Dikenali
Sesetengah individu berada dalam spektrum autisme yang ringan (Autism Spectrum Disorder - ASD Level 1, dahulunya dikenali sebagai Asperger’s Syndrome). Mereka mungkin berfungsi seperti orang lain dalam banyak aspek, tetapi dalam perhubungan rapat, perbezaan mula kelihatan apabila :-
✔️ Kesukaran memahami isyarat sosial dan bahasa kiasan.
✔️ Lebih cenderung berfikir secara literal.
✔️ Tidak pandai menunjukkan emosi atau membaca perasaan pasangan.
✔️ Bergantung kepada rutin dan boleh menjadi resah jika ada perubahan mendadak.
✔️ Mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap sesuatu topik, sehingga kurang memberi perhatian kepada perkara lain.
Perubahan Dinamik Selepas Perkahwinan
Selepas berkahwin, kehidupan lebih kompleks. Interaksi menjadi lebih rapat dan melibatkan keperluan emosi yang lebih mendalam. Di sinilah pasangan mungkin mula menyedari bahawa suaminya sukar memahami perkara yang bagi dirinya adalah "biasa”, contohnya, memahami nada suara, membaca ekspresi muka, atau memberi respon yang diharapkan dalam situasi tertentu.
Bukan kerana suami tidak peduli, tetapi otaknya memproses maklumat dengan cara yang berbeza.
Sekadar gambar hiasan.
Apa yang Boleh Dilakukan jika suami anda begitu?.
✔️ Komunikasi yang jelas – Elakkan sindiran atau bahasa kiasan. Terus terang, tetapi dengan nada yang lembut.
✔️ Menerima perbezaan – Jika suami kurang menunjukkan kasih sayang secara emosi, mungkin dia lebih selesa meluahkannya melalui tindakan.
✔️ Membantu suami memahami emosi – Dengan memberikan contoh atau menjelaskan apa yang dirasakan, tanpa menganggap dia ‘sepatutnya tahu’.
✔️ Menyesuaikan jangkaan – Setiap pasangan berbeza, dan hubungan yang bahagia bukan berdasarkan standard orang lain.
✔️ Mendapatkan sokongan – Jika perlu, mendapatkan bantuan daripada pakar terapi boleh membantu memperbaiki komunikasi dan kefahaman dalam rumah tangga.
Dengan memahami cara pasangan berfikir dan berfungsi, banyak cabaran boleh diatasi dalam rumahtangga, kerana cinta bukan tentang kesempurnaan, tetapi tentang menerima satu sama lain seadaanya.
Disclaimer : Saya bukan Pakar, hanya pengumpul maklumat. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahu pun meninggal dunia.
Perlu kesabaran yang tinggi nie.. Masalah linda setakat nie, suami tk boleh fokus je. Hahaha.. Kena pastikan dia betul2 tengok linda, baru lah dia fokus.. Kalau tak, 80 kali kena ulang benda sama.. Hahaha
ReplyDeleteLinda - Terkesima tengok wife dia jelita sgt kot, sampai hilang fokus. Hahaha.
DeleteAda anak saudara hyper active dan kita org luar nampak dia macam mild autism...panggil x pandang pas tu dia kalau main memang leka dan focus..susun barang pun sama..tantrum dan speech delay..tapinyg sedihnya mak dia x leh terima dan x nak bawak jumpa pakar / doktor
ReplyDeleteSA - Moga Allah permudahkan kedua ibu bapanya. Bab tantrum tu yg kesian, stress kalau ke majlis2 tak dpt berlama2.. sbb ada member, telinga anak dia tak boleh dgr sesuatu yg bingit.
Deleteada juga duk lalu lalang... hebatnya isteri tu kan.. Alhamdulillah...
ReplyDeletelady ade juga kenal bbrp org yg ade mslh ni, semoga mereka semua terus tabah berdepan dengan dunia luar.
LB - Allah memilih tekit ke syurga beliau (insya Allah) dgn cara sebegitu. Kita pula masing2 dah ada “tekit” jenis yg lain pulak kan. 😂
Deletetinggi tahap kesabaran buat yg menerima ujian spektrum Autism ni.. moga diberikan kesabaran & ketabahan buat kita semua aminnnn
ReplyDeleteAnamizu - Perit di dunia, mudah-mudahan tersenyum bahagia di akhirat.
DeleteAgak susah memang kalau pasangan didiagnosa autis. Saya sendiri prefer bawa ke expert , tp terkadang pasangan tak nak kan. Cuma setuju dengan yg kakak tulis, kalau memang pasangan kita seperti itu, kena sabar lebih lah. Krn kita tahu mereka berbeda, dan interaksi sosialnya amat kurang. Jadi ga bisa kita marah2 hanya karena mereka seperti itu.
ReplyDelete