Saturday, March 29, 2025

Pergilah di tempat kamu lebih dihargai.



Beberapa mesjid di Perth telah pun mengakhiri solat terawikhnya malam tadi kerana ada yang akan menyambut aidil fitri esok (insya-Allah). Sementara sebahagian yang lain masih diteruskan sehingga ke malam Isnin. 





Dapat dilihat sebahagian insan2 soleh di sini yang benar-benar “all out” mengejar keutamaan 10 malam terakhir, beriktikaf di masjid, menghidupkan malam dengan solat dan tadarus al quran. 



Iftar tepi sungai setelah bazaar yang diwar-warkan ada, rupa-rupanya dibatalkan.  Nasib baik ai dah siap masak.


Nyaman… cuma sayangnya banyak nyamuk.


Di tengah-tengah suasana akhir Ramadan ini, satu lagi rezeki datang, set munjung berserta hijab dari my bestie a.k.a my neighbour.  Alhamdulillah, nikmat Ramadan yang bukan sekadar ibadah, tetapi juga ukhuwah.





Terasa macam dah buruk sangat kebaya labuh yg ai pakai semalam sebab baju tu baju raya 2 tahun lepas.
Dia punya level bosan tu sampai rasa nak buang supaya tak nampak lagi kelibatnya dalam almari.

Tetapi lain pula ceritanya bila jumpa kawan dan beliau memandang terpegun.. siap nak kirim lagi.

“Eh!.  Baju ni tgh trend lah sekarang.  Nanti I nak kirim.”  Ujarnya.


Begitulah.   So, pergilah di tempat dirimu dihargai. 







Sunday, March 23, 2025

Iftar di PICC Putrajaya (TB pic)



Assalamualaikum guyss!

Sebelum dipenuhi dengan entri Ramadan di Perth, ai nak habiskan dulu gambar-gambar throwback sebelum fly. Entri ni tak boleh diperam lama-lama sebab nanti dah tak relevan lagi. Tajuk pun pasal iftar kan?. Pastilah ditujukan untuk food hunter yang mencari buffet ramadan.

Salah satu tempat yang kami sempat iftar sebelum berangkat ialah Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Buffet Ramadan dia memang meriah gila dengan pelbagai jenis makanan. Kalau anda jenis suka makanan tradisional Melayu, memang puas hati!. Dari lauk-pauk kampung sampai ke pencuci mulut yang menggoda, semua ada.  Kambing panggang dia paling best, terbayang2 sampai sekarang.  Nyesal pula perut kecik tak dapat makan banyak.  Keladi goreng dia pulak lembut.   

Rasa tenang je berbuka kat sini. Lagi pun ada surau. Masuk je maghrib, jamah sikit2 terus masing2 bergegas ke surau dan nanti sambung makan semula. Lagi satu, makanan kat buffet ni bukan setakat banyak, tapi memang sedap dan berkualiti. Harga pun berbaloi, bawah RM100/person.







Makan sambil ditemani suara Rosmah AF yang lemak merdu.  Tetiba love pulak dengan beliau ni.  Sopan santun tak gedik.  (Eh tetiba).  Patutlah Khai sayang.  

Ok lah itu saja coretan pagi ini dari Aussie.   Cuaca panas berdentum kat sini!.   Nyesal pulak tak beli jubah banyak2 kat KL, selesa giler dipakai dlm cuaca sekarang.  Dah la murah.


P/s. :   Lepas iftar bergegas ler balik puan2, kan 10 malam terakhir tewwww!!.  Rugi kalau tak dikejar.  



Saturday, March 22, 2025

Pernah tak tertinggal flight?



Semalam, Ain hampir-hampir membuat Ma dan Abah panik seketika. Pagi-pagi buta, tiba-tiba mesej.

"Bukannya Ma Abah patut dah sampai semalam ke?" 

Dalam kesibukan mengemas luggage, soalan itu datang seperti halilintar menyambar. Jantung terasa berhenti seketika. Mustahil!.  Tak kan Mama tersilap baca tiket… kan?. Tapi memandangkan Abah dia hanya sempat menghantar tangkapan skrin tempoh hari, tulisan kecil pada tiket itu pun tidak begitu jelas. 

"Alamak! Terlepas flight ke?" 

Sekelip mata, fikiran melayang jauh. Jika betul terlepas, Mama rela sahaja belikan tiket baru. Tapi, dengan musim perayaan yang semakin dekat, entah ada lagi atau tidak tiket yang berbaki. 




Hubby scroll semula tekit yang diupload dalam wassap group.

“Ya lah.  Kita dah terlepas flight.”  

Wajah ai berubah, harapan kian tipis dengan kenyataan itu.   Tapi masih mengharap sebuah keajaiban.

Nampak beliau masih scroll2 lagi.  Mungkin nak cari keratan tiket yang original.  


Sekonyong-konyong, sesuatu yang sepatutnya mudah pun tetiba menjadi teka-teki. Dok mikir jam 23 tu siang ke malam?.  Kenapa Ain kata dah terlepas?.    Eh!.  Macam orang tak sekolah pulak Mama ni kan, itu pun tetiba keliru.    Seperti ada yang tidak kena dengan logik sendiri. Mungkin kerana puasa, otak loading lambat sikit kot.

Walaupun dah google, masih lagi tak puas hati. Tanya jugak Kakak, (Ustazah SA) melalui wassap.

“ Kak M, jam 23 tu siang ke malam?” 

 "Malam lah.”

Haihhh baru lah lega… Alhamdulillah, dah selamat sampai pun di bumi kangaroo.  Flight smooth cuma kali ni terasa lambat naw rasa nak sampai2. 


Thursday, March 20, 2025

Harapan Di 10 Malam Terakhir


Sekali lagi aku merayu kepada-Mu di malam-malam terakhir Ramadan ini, di malam Lailatul Qadr yang penuh keberkatan... 

Ya Allah..

Ubahlah takdirku menjadi takdir yang baik, takdir yang Engkau redai. Jadikanlah aku di antara hamba-hamba-Mu yang beruntung dalam setiap urusan, di dunia dan akhirat. 

Ampunilah segala dosa-dosaku di sepanjang hidupku ini, sama ada yang kusedari mahupun yang tidak kusedari, yang zahir mahupun yang tersembunyi. Bersihkanlah hatiku daripada segala sifat yang tidak Engkau sukai, dan gantikanlah ia dengan ketenangan, keikhlasan, dan kasih sayang yang tulus. 






Ya Allah, kurniakanlah aku akhlak yang indah dan rupa yang menyejukkan hati.  Jadikanlah aku jelita rupawan bukan hanya di pandangan mata suamiku, tetapi juga di hatinya hingga tertutup segala ruang untuknya memandang yang lain selain dari diriku.

Jadikanlah rumahtangga kami sakinah, mawaddah, wa rahmah. Limpahkanlah keberkatan dalam setiap langkah kami, dan himpunkanlah kami dalam kasih sayang yang Kau redai, hingga ke syurga-Mu yang abadi. 

Aamin ya Rabbal ‘Alamin.


Raya : Tido Berlonggok VS Tido Hotel

Assalamualaikum guys..

Alhamdulillah dah dapat pun selimut toto yang my daughter kirim.  Nak raya ni sibuk nak tido berlonggok depan tv kat rumah Mama kata dia.  Mengimbau nostalgia kampung nenek dahulukala.  Hmmm yo lah tu, habis hubby omputeh dia tak kan nak diajak tido berlonggok pulak.  Ada2 je lah budak ni.  Well. Mama layankan je lah.  So gigih our PA carikan toto sampai hujung dunia.  Sib baik dapat.



Harga post lebih mahal dari harga toto.  Tapi memikir kat sana memang tak ada jual.  Layankan je lah.



Hasil tani Mr CM (my menantu). Melihat anak-anak gembira, walaupun dengan perkara sekecil ini, sudah cukup membahagiakan. Begitulah ibu.

Ok done menghiburkan hati sendiri dgn entri ini.

p/s :   U guys raya ni tido berlonggok ke tido hotel?.  Sekarang ni org dah normalizekan duduk hotel jika rumah mak ayah penuh. (Org dah tak kisah).  Jika zmn dulu dah jadi bawangan orang agaknya.  Gen Z seharusnya bersyukur, kerana Allah dah banyak permudahkan di mana manusia semakin bersikap terbuka.




Duit Raya 2025


Duit raya pertama tahun ini, rezeki dari adik ipar. Alhamdulillah!. Terima kasih Dr B. Empat sampul dia kirim, yang tiga tu untuk anak3 ai. Untuk abang dia (my hubby) tak payah. (Padan muka abang dia). Kekeke.




p/s :   Baru teringat, ai blom pecah duit raya pun tahun ni.

Tuesday, March 18, 2025

Whatever!


Jangan mengharap harum melati jika yang kau semai adalah Rafflesia. Tidak akan ada org yg hidupnya baik2 saja setelah membuat hidup org lain tidak baik, dunia ini ada hukum “tabur tuai”.

Kadang-kadang kita tak perlu buat apa-apa pun, masa dan kehidupan sendiri yang akan ajar mereka. Orang yang tak jaga perasaan orang lain, satu hari nanti akan rasa sendiri macam mana peritnya bila benda tu berbalik pada mereka.




Monday, March 17, 2025

Gosok Duit Nak Kaya



Assamualaikum uollz!! 

Sesi menggosok duit!!! Siapa tahu RM1 boleh jadi sejuta? Kalau betul jadi, boleh la ai belanja uollz iftar kat hotel.  Kekeke.



Kadang-kadang geram juga dengan mesin duit kat kedai dobi, kekwat dia lain macam! Silap haribulan, berkeping-keping duit kena reject. Nasib baik ada adik manis kedai sebelah yang selalu baik hati, boleh tukar duit baru dengan dia. Tapi kali ni, kami ambil langkah bijak, gosok dulu semua duit yang terlipat sebelum ke kedai dobi. Hasilnya? Berjaya! Mesin tak sombong lagi. 





Hari ni menu iftar kami simple je tapi padu la kot sebab ada cendawan kukur goreng ketumbar jintan. Selalu buat lemak cili api, tapi kali ni nak tukar angin sikit. Cuma, cendawan kukur zaman sekarang tak sesedap dulu. Dulu lebih berlemak, chewy, ada rasa macam ayam goreng sikit. Tapi biasalah, dunia makin maju, manusia pun berubah, dok oplas sana sini…ini kan pula cendawan. (Tak mo oplas2 ye puan2, berdoza mengubah kejadian Allah).  Biar la muka kita rare, janji Allah tak murka.



Update lepas iftar :  Hubby kata sedap. 



Selain itu ai masak juga asam pedas ikan tenggiri yang dijamin serupa kat kedai. 😛😛





Ada juga kari kepala ikan dan ikan masin tenggiri.   

Ok done menulis diary bergambar untuk hari ini.


Sunday, March 16, 2025

Mati Rasa

Sebenarnya, kalau mahu dihitung nikmat Allah, memang tak terjangkau dek akal. Terlalu banyak, terlalu luas. Kita saja yang kadang-kadang lalai dan belum cukup mensyukuri. 

Antara nikmat yang paling aku syukuri?. Nikmat "mati rasa". 

Wah! Apakah itu???!!! Jeng, jeng, jeng... 

Tapi "mati rasa" yang aku maksudkan ini bukanlah hilangnya kasih sayang atau kepedulian. Sesaja je buat tajuk yang mengundang.  😂😂

Ia lebih kepada ketenangan yang menyerupai stoicism, seolah-olah minda kita tiba-tiba dimatikan daripada keterlaluan beremosi. 

Tersebutlah kisah, dahulukala, sewaktu arwah emak masih ada, tiap kali bulan puasa begini, aku sering dihantui ketakutan.  Aku takut kehilangannya. Tiap kali melihat pertambahan kedutan di wajah emak, aku jadi semakin gusar. Pernah suatu ketika, aku berjalan di Hay Street dan tiba-tiba terhidu aroma air mawar yang menusuk keluar dari sebuah kedai potpuri... atau mungkin kedai bakeri berdekatan. Seketika, hatiku direnggut rasa pilu, mengenangkan kuih raya yang emak selalu buat, beresenkan air mawar. Kesedihan itu datang dalam gelombang yang dahsyat, hingga aku memilih untuk segera pulang ke rumah. 

Bayangan hidup tanpa emak terasa menyesakkan dada. Fikiran sering melayang, membayangkan saat perpisahan itu tiba dan bagaimana aku akan menghadapinya. 

Sempat pula aku berdoa, memohon Allah lanjutkan usia emak hingga 100 tahun.
"Kalau Tun M boleh, kenapa emak tidak?" fikirku saat itu. 😂😂 




Namun kini, emak telah pun pergi. Seusia kepergian arwah Siti Sarah. Dan anehnya, aku tidak sehancur yang aku sangkakan. Kesedihan itu tetap ada, rindu itu tetap menyapa, tetapi aku masih berdiri. Masih mampu meneruskan hari-hari tanpa tenggelam dalam kesayuan yang berpanjangan.  Terima kasih Allah.

Mungkin inilah rahmat yang Allah kurniakan. Mati rasa bukan bererti tidak peduli, tetapi jiwa menjadi lebih tenang, lebih kuat menerima takdir. Minda kita pun seakan sudah tertanam dengan pemahaman— 

"Oh, emak sedang berbahagia di alam yang baru.”





Motif entri: Untuk sahabat-sahabat yang kehilangan ibu tahun ini—kamu lebih kuat daripada yang kamu sangka.


Sahabat Beriman, Pelita di laluan berliku

Assalamualaikum everyone..

Sometimes, the mercy and blessings we receive are not solely due to our own deeds but because of the presence of someone whom Allah loves within our circle. Their sincerity, righteousness, and closeness to Him bring barakah into our lives in ways we may not even realize. 

This is why it is crucial to surround ourselves with people who uplift us, those who are better than us in faith, character, and wisdom. A strong, righteous circle serves as a reminder to stay on the right path, to strive for self-improvement, and to speak the truth, even when it is difficult. 

A pure and truthful company does not just benefit us in this world but also in the Hereafter. Insha Allah. May we always be blessed with companions who guide us toward goodness, and may we, in turn, be a source of light for others.



Last night’s iftar with “Ustazah” from JAIS.  (Sekadar gambar hiasan sbg diary, tiada kena mengena dgn entri di atas).   

Mujur lah baju raya ada sehelai lagi Tailor dah siapkan dan poskan semalam, dapat diguna untuk menghadiri iftar appointment sebegini.



Tuesday, March 11, 2025

Beli Bukhor



Assalamualaikum uollz! 

Busy beli perabot baru untuk raya ke tu? Hehe. Ai dah “remaja2” ni, memang tak ada lah mood nak mendeko sangat. Kalau anak-anak ada, barulah terasa semangat sikit. Kalau tak, cukup sekadar susun apa yang ada, janji kemas dan selesa. 

Cuma sebelum puasa hari tu, pernah “terserempak” dengan gubahan bunga yang lawa. Dalam hati dah berangan nak beli, tapi sampai sekarang tak pegi2. Mungkin… omit saja lah. Haha. 

Tapi satu benda yang ai sempat beli - bukhor!. Harum dia menggamit memory silam, rasa macam kat Mekah. Ni kali kedua kami beli & dua haruman berbeza. Bila bakar, satu rumah terus wangi, rasa tenang, nyaman dan cozy.






Ni yang mula2 dibeli. Kalau jenis kayu dan arang macam ni tak boleh bawa balik ke Aussie. Tak lepas kat kastam. Tapi kedai2 Arab ada je jual, macam pernah ternampak.  Kalau ada saiz yang sebesar tong sampah kan best!.  Jadi heater terus di kala winter.😁




Yang ni beli di Mydin. Insha Allah yang ni boleh bawa balik sana dan mungkin akan “bergaduhan” dengan aroma diffuser Cik Q di living room. 😂😂.   Cik Q ni ada 1 perangai suka nyalakan lilin aromatheraphy.



Tazkirah :

Straightening the rows during prayer is not just a physical act, but a part of completing our worship. As narrated by Anas bin Malik, the Prophet Muhammad (ﷺ) said: 

'Make your rows straight, for straightening the rows is part of completing the prayer.' 

Let’s align our hearts and actions in harmony with the Sunnah. 💫

Sumber :  Mesjid Al Latif, Perth




Sunday, March 9, 2025

Iftar Di Giggles Geeks.

Assalamualaikum uollz!. 

Ai malas nak mengambil waktu anda untuk membaca panjang lebar, jadi straight to the point malam ni ai iftar di Giggles Geeks.  Sebab menu2 dia standard hotel tapi harga berpatutan jadi ai belogkan.  




Pua Sam you!!.  Sib baik bukan pua kumbu. Ok lepas ni boleh panggil ai dgn nickname baru ni, sedap juga.





Love la port ni sebab fefilling kat Perth cuma cuaca je lain.






Dapat 50% discount sebab my hubby dah senior citizen. Ai pulak muda lagi dan kurus.  Tros dpt discount 🤭. So total tak sampai RM100 pun.


Lokasi :

Ground Floor, Bio-X Centre, Persiaran Cyber Point Selatan, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor


Update :  Harga early bird dah tamat pada 15hb.  Adult RM75.00/person tak kira usia.



Saturday, March 8, 2025

Beli kasut raya 2025

Ma, lebih baik Mama beli kasut kat Malaysia.. kat sana lagi murah.” Pesan anak2 ai nun di benua lain sana.  Padahal kat kepala ai dah terbayang nak shopping kasut dengan besties di David Jones atau pun Myers.

Akhirnya teracun juga dgn nasihat anak2. So, hari ni ai cari kasut raya kat sini.


High Heels

Lepas banyak sesi "cat walk tengok cermin" berjam2, keluar masuk kedai, akhirnya jumpa yang sesuai. Tapi entah kenapa, masa beli tadi macam ragu-ragu. Sampai rumah, baru perasan, eh, lawa juga rupanya! Kadang-kadang, kasut ni pun macam jodoh, kan?. Waktu di depan mata, tak nampak serinya. Bila dah sah jadi milik, baru rasa istimewa. Eh apa yang ku merepek ni?.





Cuma yang mengkesalkan ialah napa yang lebih mahal, tak ada yang ai berkenan sangat tadi. Malah ada yang menyakitkan kaki, tak sesuai harga.



Flat Shoes 
Hush Puppies ni tak boleh beli sembarangan. Kalau di negara omputeh, susah nak jumpa versi yang vegan-friendly. Maka, sementara masih di sini haruslah kena beli sepasang.  




Tak tau lah kenapa kedua2 kasut ai beli warna yang sama, padahal baju raya warna lain.  Mungkin dah bosan dengan hitam, stokin hitam.  Hidup ini kena ada perubahan guys!!



Shopping kasut sambil “ditemani” suara Zur Eda. 



Bersabarlah.. kita bukan selamanya di sini.

Solatlah. Puasalah. Sekurang-kurangnya jika hidupmu di dunia tidak seperti yg kau harapkan, masih ada peluang kedua di alam yang kekal.



Pic :   Setelah hampir seminggu berpuasa, baru dapat berbuka puasa kat luar.  Itu pun last minute plan (sebab kat rumah, ai cuma masak kari telur je).  Pegi walk in dan akhirnya cuma dapat meja kat luar ni, so ai mintak discount 😂.  Fresh air tak de aircond kan.  Haruslah potong harga sikit.


Monday, March 3, 2025

Dapat Kain Samping Percuma Dua Helai

Assalamualaikum uollz! 

Masa zaman raya ai tak berapa best dulu (sekarang dah best ler, kan dah semakin purba 😂😂. Alhamdulillah), ai pernah buat entri bertajuk “Perlu ke beli kain samping setiap tahun?”. 

Jika soalan itu ditanya lagi pada tahun ini, jawapan ai ialah… 

“Tak perlu!!!” 

Sebab? 

Sebab kami dapat percuma je, 2 helai uollz!! 





Ni lah fadhilatnya beli baju raya lambat (lambat ler sangat kononnya), tup tup dapat free kain samping sekali. Rezeki my husband, dapatlah dua helai. Nyesal pulak belikan si bujang ai awal-awal sebelum puasa, masa tu tak ada pulak offer kain samping percuma ni semua. 




Beli 2 helai baju melayu di Jakel sebenarnya, lantas dapat kain samping sekali.  Tanjak je dia tak bagi.  Tapi ni sehelai baju lagi tak ada stock, dorang tengah tempahkan.  Mungkin “roy” sangat kot my hubby sampai baju pun tak ada stock dalam kedai. 😂😂