Assalamualaikum kepada yang tersinggah.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meraikan aidil adha beramai-ramai. Tidak la sebatang kara. Kekeke. Jika sebatang kara pun tiada masalah, Allah ada. Bear this ini mind ye guys.
Antara menu raya kami pagi ini ialah laksa Johor. Dah tak ingat bila last buat laksa Johor (selalu buat laksa Penang) sampaikan terlupa cara potong timun laksa. Ok mari kita simpan gambar untuk rujukan hari muka. Nota : Untuk menjadikan ianya tampak berseri dan colorful tak perlu buang kulit.
Tip untuk kesedapan kuah : ikan kering kurau jangan lupa. Guna ikan tenggiri basah. Laksa Johor memang tak boleh nak cut cost, nanti kurang umph. Agak kayangan jugak la menu ni. Asam keping bubuh sikit.. jgn byk nanti masam sangat dah orang ingat asam pedas pulak. Hahaha.
Salam Aidil Adha buat semua umat Islam seluruh dunia. Moga ibadah korban kita diterima. Tahun ni buat korban untuk seisi keluarga dan juga staffs. Didoakan moga all our staffs hidup dalam keberkatan dan rahmat-Nya, ikhlas berkhidmat kerana Allah. Semoga roh pengorbanan Nabi Ibrahim (as) menjadi pedoman kita semua. Aamiin.
Oh ye.. tertarik pulak dengan kisah BIBIK TUDUNG Datuk Aliff Syukri. Rumah bibik di tanahairnya yang dahulu hanya berlantaikan tanah, kini dah bertukar banglo hasil kesabarannya bekerja selama 11 tahun. Kata Datin Shahida, Bibik Tudung ni tak suka shopping, semua gaji disimpan. Tapi sebenarnya keberkatan is the key, ia bukan soal gaji ciput mahu pun besar.
Ok la itu je nak cerita. Moga terinspirasi dengan kisah Bibik Tudung. Bye.
Seelamat hari raya Idul Adha, Mbak.
ReplyDeleteMohon maaf lahir dan bathin.
Kalau di tempat saya menu khusus setiap hari raya itu ketupat dan opor ayam. Semacam tradisi yang entah kapan bermula.
Salam,
Selamat hari raya aidiladha.
ReplyDeleteLaksa Johor nih sampai skr saya belum coba lah kak. Laksa Penang , laksa Melaka, laksa Sarawak semudah sudah, tinggal laksa Johor belum 😅. Ntah kapan lah ini bisa ke Johor 😂. Di KL kakak tahu yg jual laksa Johor sedap tak? Nak saya datangi lah pas sept. Memang mau ke KL.
ReplyDeleteSebenarnya buat rumah ini memang kuncinya konsisten lah menabung. Tapi anak zaman skr, biasanya punya prinsip YOLO kak. You Only Live Once. Sebab tuh banyak yg tak nak menabung, apalagi mereka pikir tanah selalu naik. Mindset mereka mending uang dipakai utk bersenang2 drpd menunggu bisa beli rumah / tanah..
Sedap..SA suka...biras SA pandai buat...memang cost tinggi skit buat laksa Johor sebab bahan- bahan premium kan...biras SA buat guna ikan parang...x tau cane dia buat...ikan parang kan banyak tulang
ReplyDelete