Monday, July 14, 2025

Healing-healing di Cherating

Assalamualaikum uollz!. 

Bila hubby kata nak ajak pegi Cherating, hati memang berbunga-bunga, apatah lagi pegi pula dengan kawan. Mesti la berganda gembira.   

Tapi dalam seronok tu,  7 hari 7 malam otak ni memikir perjalanan ke sana yang bersimpang siur, sampai tak lena tido memikirkan.   Dlm hati bermonolog..

“Kenapa masa sekolah dulu ulang alik Kuantan elok je?.  Happy je dalam bas, tak pening pun.”

Begitu la ai tiap kali nak jalan area sana.  Otak suka overthinking, sampaikan lebuhraya pun ai persalahkan sebab tak nak buat jenis tegak2 lurus.   😅

“Tak pe la Mak, selalu kalau tak sedap hati, itu la yg sebenarnya best.”.  Ujar ai pada Ibu Mentua yg entah teori dari mana.   Tapi akhirnya my MIL tak dapat join sebab sakit.

Tak lama lepas tu, ai tercuri dengar perbualan hubby... rupa-rupanya dia plan nak sewa van! Haa, masa tu baru rasa lega sikit. Sebab apa? Bila naik van, kan ada lorong tengah tu.   Itulah resepi keselesaan dalam perjalanan, ibarat macam naik flight business class.  Ha gitchew!

Malam tu lepas je dapat van tu hati terus happy rasa nak sujud syukur je.  Baru la fefilling rombongan sekolah!!.  Dorang ni pulak jenis happy go lucky.  Kat higway Karak selamba je bercerita pasal hantu.  Nasib la hantu tengah lena tido, kalau tak kang muncul plak walkswagen kuning viral mencekik kitorang.





Stay di Residence Inn Hotel, Cherating.  Terima kasih di atas segala layanan istimewa dan menu yang sedap2.  Cantik view dia.  Depan bilik ada pokok jambu air pula tu. Pakkal je tengah tak berapa sihat, kalau tak dah menggedix bawah pokok.








Nak jumpa pantai kena menapak sikit.  Hari kedua baru dapat ke sini, first day banyak dihabiskan kat site.  Suka letew hubby, dapat reunion dgn geng2 lama dia.   Tu pun plan nak naik bot petang tu kansel.  Ai awal2 memang dah surrender sebab badan dah dedar2, masuk bilik terus tidur.


Dinner di Intan Seafood tak berapa jauh dari hotel.  Penuh restoran ni, nak masuk sampai beratur panjang.  Walau pun dimakan ketika demam, menu2 ni sedap!!.  Bayangkan kalau waktu sihat, mesti berganda2.




p/s. :    Ternyata memang betul,   lebih best naik van berbanding kereta.  Tak terasa pun simpang siur tu alih2 sampai.  Tapi bila segalanya dah “sempurna”, demam pulak.  Begitulah kita ni sebagai hamba-Nya yang kerdil.




8 comments:

  1. Alhamdulillah,sedap tu makan nya ,kalau tgh tak sihat pun cakap sedap...

    ReplyDelete
  2. Wahhh lauk sedap....ptut pun ramai orang

    ReplyDelete
  3. Intan Seafood tu tempat makan wajib kalau ke Cherating. Makanan dia semua sedap2. Harga pun berbaloi.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam. Memang menjadi healing-healingnya. Pemandangan cantik, makanan pun sedap belaka.

    ReplyDelete
  5. Rindunyaaaa saya baca blog kakak, baru sempat setelah road trip Sumatra saya berakhir 😄😄.

    Memang kalo jalan darat lebih best naik van, drpd mobil biasa. Mungkin Krn LBH besar ya kak.

    Tp kemarin saya road trip keliling Sumatra naik mobil sendiri lah. Tak mungkin Seva van, sebagai 17 hari kami habiskan waktu. Dah macam nomaden 😂😂.

    Sedap nya seafood kak. Pasti segaaaar semua. Memang tak salah pesan seafood kalo ke kota dekat pesisir. Sebab fresh

    ReplyDelete
  6. mujur hantu tido ye? kalu tidak mustiada waksegen kuning ehehe

    ReplyDelete
  7. Hantu tido siang ye kak...hehehe....bestnya healing kat Cherating tapi demam pulak....

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.