Sunday, July 6, 2025

Satay Buaya dan kisah tom yam paste yang dibuang di airport

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, Misi Trip Kerja ke Bangkok berakhir dengan jayanya.

Seperti yang diingatkan oleh anak saya, Ain.. memang benar apabila sesebuah perjalanan itu berasaskan tugasan kerja, sukar untuk menikmati suasana percutian. Seminggu yang padat berlalu begitu pantas, sehingga saya tidak sempat menjejakkan kaki ke Chatuchak Market, salah satu destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong.

Namun begitu, kami berpeluang melawat beberapa mall lain antaranya Icon Siam. Tidak la terlalu dekat sebab rasa nak tercabut juga kaki waktu berjalan ke stesen MRT.  Cuaca pula panas berdentum dan saya memang dah sunburn ketika entri ini ditulis.  

Cuma perjalanan ke mall ini cukup menarik kerana kami memilih untuk menaiki bot, menikmati pemandangan sungai Chao Phraya yang tenang dan menyegarkan.





Antara gerai halal yg terdapat di Icon Siam ini.  Sewa dia RM600 sehari.   Dasyat Pakcik ni sebab roti dia jadi favourite pelancong.



Durian seketul RM20.  Seketul ye bukan sebijik.  Terpaksa la saya makan sampai licin.



Antara menu eksotik yang terdapat.  Nampak juga gerai menjual kala jengking dan lipan,  tak sempat nak snap sebab perjalanan terlalu pantas.  Jika tertinggal memang bahaya sebab gerai di icon Siam ini terlalu luas, susah nak reunite semula nanti.  Bateri phone saya pula cepat mati, sampai terbeli power bank.


Pengajaran :-

Oh ya, ada sedikit pengalaman yang kurang menyenangkan, pes tomyam yang dibeli sebagai buah tangan terpaksa dirampas di lapangan terbang, kerana saya terlupa untuk meletakkannya di dalam beg daftar masuk (check-in). Ia dianggap sebagai cecair dan tidak dibenarkan dalam bagasi kabin. Kempunan, namun menjadi pengajaran berguna untuk masa hadapan.

Keseluruhannya, meskipun padat dan sedikit meletihkan, perjalanan ini membawa banyak pengalaman dan nilai tersendiri.    Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk membimbing anak saya dalam memahami cara berhadapan dengan dunia global. Saya pernah menulis tentang insiden beliau tersilap membawa pakaian tempoh hari, bukan?.  Syukur, terdapat tukang jahit di sana yang berjaya menyiapkan busana tersebut dalam tempoh 24 jam sebelum acara berlangsung.




5 comments:

  1. SA pun sama kak..kalau keluar kebtempat orang atas urusan kerja memang x dapat la nak enjoy macam bercuti...

    ReplyDelete
  2. Bila bekerja outstation memang nak berjalan sekali tu susah sebab fikir kerja ada yang belum selesai.

    ReplyDelete
  3. Kalau dah RM20.00 seketul tu kena gigit isi dlm biji durian tu hahaha.. RM600 sewa sehari? Dekat RM20k sebulan tu..

    ReplyDelete
  4. uishhh 600 sewa sehari ye? dahsyatt pnjg Q kt kedai uncle tu

    ReplyDelete
  5. Dah lamaaa sangat dari terakhir saya ke Bangkok. 2019. Memang sukaaa kesana, hanya untuk kuliner.

    Sayangnya paste Tomyam terpaksa direlakan ya kak... Kadang memang suka lupa lah hal begini. Pasti pernah dirasakan oleh setiap traveler 😄

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.