“Kau ni asyik duduk Aussie, kau nak meninggal kat sana ke?”
Begitu tanya seorang kawan, agak terkejut juga bila mendengar soalan yang kedengaran agak berat untuk dijadikan gurauan walau pun soalan tu ketika pandemic dahulukala. Rasa nak merajuk pun ada sebab kurang sensitif menjaga perasaan orang.
Sebenarnya, di Aussie memang terdapat tanah perkuburan yang khusus. Sedangkan Joko bulus pun ada tempat semadinya inikan pula manusia. Kalau menurut makcik yang kerap menziarahi kubur arwah suaminya, kubur tu di Katanning.
Menariknya, hari ini tanpa sengaja ai terbaca tentang komen-komen mengenai peraturan sesetengah tanah perkuburan di Malaysia, ai baru tahu bahawa ada sesetengah kawasan tidak membenarkan penanaman bunga jasmin (melati). Alasannya, akar jasmin boleh merosakkan kepok, dan bunganya pula berpotensi menarik lebah. Bayangkan jika Tok Adi tengah sibuk menggali kubur tetiba kena sengat. Naya orang tua tu. Dah tak pasal-pasal Hamidah Wahab (tak tahu apa nama watak beliau dlm drama tu) kang terpaksa cari suami baru dek kerana suami disengat lebah bunga Jasmin tepian kubur.
Sebaliknya, pokok yang dibenarkan biasanya ialah pokok bola emas, cantik, renek dan lebih sesuai dengan konsep landskap yang diselaraskan. Walau bagaimanapun, undang-undang ini hanya terpakai di tanah perkuburan tertentu sahaja. Untuk kubur kampung, kebiasaannya tidak menjadi isu. Sebab nampak dorang tanam pokok besar2 relax je. BTW, kepada yg mendapat larangan tu, ikut je lah ye sebab tanah wakaf, bukan tanah kita sendiri.
p/s: Secara peribadi, ai pun suka melihat kubur yang ditanam pokok. Ada rumput carpet, ada pokok kecil, rose Jepun. Ada rasa damai, seolah-olah pokok itu berzikir dan menjadi saksi untuk penghuni yang bersemadi di dalamnya.

SA baru bercadang nak tanam rose jepun kat kubur arwah mak...ermm...tp pokok sedia ada pokok jasmin tu..elok subur membesar...
ReplyDeleteKasarnya soalan. Meninggal kat mana2 pun semuanya ditetapkan.
ReplyDeleteCie - ujian utk I dpt kawan cenggitu. 😅
Deletebr tau ada certain bunga xbole tanam ye...bole tahan kasar soklan tu ye....ada kwn aritu husband die meninggal...tgk die buat rumput carpet...cantik dan kemas
ReplyDeleteNape tok adi jadi mangsa hahahaa..
ReplyDeleteBetul tu.. di sesetengah tanah perkuburan hanya blh tanam satu jensi bunga sahaja dan itu pun kena beli dgn pihak pengurusan.. tapi hasilnya kawasn kubur lebih teratur dan cantik.. berbanding dulu.. pokok durian pun ada dlm kwsn perkuburan..
Aiiiih, liat takdir sajalah nak meninggal dan dikubur di mana 😅😅😅. Tak kan kita tanya Q begitu ke teman 🤭😅.
ReplyDeleteKalo di sini kuburan rata2 tanam bunga Kamboja. Paling banyak bunga itu. Tapi kalo komplek pekuburan luxury, macam almarhum Ashraf Sinclair, itu barulah khusus. Rumputnya pun rumput jepang... 😄. Pohonnya juga tak sembarangan saya lihat. Yalaah, untuk booking tempat saja butuh puluhan juta rupiah. Tak mungkin sama dengan tanah pemakaman umum yg biasa 🤭