Friday, September 26, 2025

Dinner di Kayu Manis Perth dan Hadiah Sayur.


Alhamdulillah, malam ini kami  berkesempatan berkumpul sekeluarga (bersama anak3 dan menantu) makan malam di Kayu Manis Modern Indonesia, Perth. Walaupun seharian sibuk dengan urusan masing-masing, bila dapat duduk semeja begini, terasa segala penat dan stress hilang.





Restoran ini membawa konsep moden tapi tetap mengekalkan rasa Nusantara. Suasana selesa, layanan mesra, dan pilihan menu yang menggamit selera. Antara yang kami cuba ialah Ayam Taliwang, resepi Lombok. Pedasnya cukup seimbang dengan aroma rempahnya. Ai pun dah mula hafal nama menu ini sejak pernah menulis entri tentang restoran lain yang menyajikannya sebelum ini.



Ayam Rica2 juga ada.


Tuna with sambal parape and caramelised onion.



Udang kari.


Lamb Shank.



Ayam Gepuk.




Yang lebih menarik, kami juga mencuba Mocktails Rojak. Pernah minum tak?. Minuman ni agak aneh kerana ada campuran cili, tapi dibuat ringan-ringan saja, jadi taklah pedas. Mulanya ai bayangkan macam rojak lenggang perut yang kawan-kawan Indo selalu hidangkan waktu jamuan raya. Rupa-rupanya, versi ini diblender halus dan dibubuh sedikit ceramel.





Malam ini juga sedikit istimewa kerana kami  meraikan seseorang. Mama belikan sayur saja,  dari mereka kecik memang ai suka paksa anak2 makan sayur. Cari coklat tak ada yang berkenan, banyak pula yang sold out. Nak tempah kek pun dah tak sempat sebab appointment lepas maghrib.  Jadi biarlah dia makan sayur, moga terus flawless. Hehe.  Nasib baik bukan tempah  hamper on line, kalau tak Seller pun jenuh nak melayan.




Lokasi :  132 Terrace Road, Perth.  Western Australia.

5 comments:

  1. Seram pulak tengok mocktail rojak tu.

    ReplyDelete
  2. Makanan sedap tu... Ada pulak ciri ciri nusantara dalam masakan.. mmg layan.. mocktail rojak yer hahaha ok tolak tepi awal awal.. 😅

    ReplyDelete
  3. Cocktail rujak itu saya sukaaaa. Pernah dibuat , tapi taklah diblender. Melainkan buah2nya diparut halus. Jadi masih ada teksturnya.

    Biasanya kami sebut rujak Aceh, Krn memang asalnya dari sana. Beda dengan rujak buah biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny - ya, saya juga pernah makan resepi Aceh, they put some ice. Segerrr!. Kami pula kalau di Malaysia buat rojak sebegitu for “baby shower” 7 bln, tapi tiada ais.

      Delete
  4. Eh cocktail pula. Mocktail maksud saya 🤣🤣🤣.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.