Assalamualaikum uollz!
Nampaknya ai kena rekodkan dalam blog ni, supaya lima tahun lagi bila nak renew passport lagi tak adalah pening-pening nak ingat tarikh. Harapnya panjang umur lah.
Sehari sebelumnya, ai sempat bersedih baca posting anak saudara. Dia cerita kad pengenalan arwah ayahnya terpaksa dipotong kerana kematian. Rasa sayu sangat, macam satu simbol yang menutup lembaran hidup seseorang.
Esoknya pula, ai bersedih untuk diri sendiri. Sobsszzz! 😭
I honestly thought the photo from five years ago was bad, until I saw the new one. Hahaha. Tak tau la nak ketawa ke nak menangis. Mujurlah gambar di IC masih menyejukkan hati.
Sebenarnya sekarang boleh je mohon passport secara online. Senang, tinggal pick up je kat mana-mana lokasi pilihan kita. Tapi kami tetap prefer walk-in. Rasa lebih puas bila urusan siap depan mata, plus ada pengalaman kecil macam ni yang boleh dikenang.
Proses pun cepat je. Penjaga kaunter sangat baik, melayan kami dengan mesra dan rajin senyum. Cumanya… senyuman dia tu tak mampu nak buat muka ai nampak cantik dalam gambar. Haha. Dia snap 3 kali rasanya tapi sekeping pun tak tunjukkan ai dulu hasilnya sebelum diproses. Jadi ai pun tawakal je lah.
Ok la, kita lupakan hal tak penting tu. Dari segi bayaran, sekarang untuk renew passport RM200 seorang. Tapi untuk my MIL sebab warga emas (60 tahun ke atas), cuma RM100 je. Bagus juga kerajaan fikirkan keistimewaan untuk golongan berusia, sebab perjalanan mereka biasanya lebih berkait dengan tujuan yang berharga, menziarahi anak cucu, atau mengerjakan ibadah.
Dari segi pakaian. Pagi-pagi lagi ai dah siap bertudung hitam dari rumah. MIL pula pakai tudung putih, jadi terpaksa pinjam tudung gelap yang memang imigresen dah sediakan. Kali ni warna biru. Lucu juga tengok MIL posing dengan tudung pinjaman tu, sebab biasanya my MIL tak suka pakai tudung sarung. Oh ya.. blazer pun ada cantik bersusun, terpulang U guys nak pakai ke tak.
Sementara menunggu passport siap, kami breakfast dulu. Jadi tak terasa lama pun menunggu. Sejam kemudian passport baru pun siap.
Sekian. Moga bermanfaat.
nota penting : Jangan lupa bawa kad pengenalan masa renew. Oh ye.. yg buat lambat sikit tu cuma sebab my phone kan phone overseas, jadi ada problem sikit dengan apps (untuk ambik nombor giliran).

gambar pasport aida teruk sangat. dengan muka besarnya. dah nmpak macam hantu
ReplyDeleteHahahaha . Sama la Kak Sam pun.
DeleteSekarang ni boleh x agaknya renew passport walk in..malas la nak buat online dah...SA nyer pasport 2020 dah mati dah...5 tahun x renew...
ReplyDeleteSA - Bolehhh. . I pun renew walk in je. Malas la nak buat on line. Jgn lupa bawak IC tau.
DeleteAiiiih memang tak suka saya kalau harus pakai tudung sarung, sebab tak semua cocok dengan saya. Berarti memang bagusnya siap2 pakai warna yg sesuai dengan imigrasi minta yaa 😄.
ReplyDeleteSaya 2027 nih harus renew. Nanti pas renew harus pastikan foto bagus, sebab renew lagi 10 tahun kemudian 🤣🤣. Kalau foto tak bagus, memang sakit hati lah lihat 10 tahun kedepan foto sama 😄
Fanny - Oh di sana bisa 10 tahun ya?. Bagus lah begitu. Malaysian passport cuma 5 tahun (ketika entri ini ditulis). Maybe next time ada perubahan. Tu la I tak sabar tunggu lagi 5 thn nak tukar photo. Haha.
Delete