Assalamualaikum guys!!. Salam Jumaat.
Thanks bestie for the scarf, I really love the colour. Rasa macam ngam je dengan kulit ai. Hari ni insha Allah ai pakai.
Eh guys, uollz pernah buat colour analysis tak untuk kulit sendiri?. Kalau dah tahu rahsia warna yang sesuai, confirm wardrobe kita tak perlu sebesar almari pengantin. Baju sikit pun dah nampak elegant bak Old Money gitu. Kekeke.
Tapi realitinya kadang-kadang kita terpaksa juga pakai warna yang bukan pilihan hati. Contohnya masa pergi haji dulu, tetiba dapat “uniform” biru. Nak tak nak, pakai je lah. Takkan nak kekwat pulak kan. Sama juga bila ada majlis dengan dress code. Yang paling mencabar bila kena pakai shawl putih, terus muka ai nampak kusam.
Oh ya, me time kali ni dibelanja makan ayam taliwang. Penting catat di sini, sebab kalau tak, nanti pergi lagi lupa nama menu. Jarang kami “me time” di malam hari, kecuali ke kenduri kendara, dapat peluang macam ni best pulak. Ketawa mengekek sampai satu Victoria Park dengar, balik terus happy seminggu.
Lokasi : Bintang Cafe, Perth, Western Australia.


Pernah buat colour analyst tu...SA ni sesuai warna terang2 je kak..sebab kulit SA sawo matang..ayam taliwang tu best..pernah makan masa pi Lombok
ReplyDeletetak pernah lagi colour analysis. macam tak pandai nak buatnya tapi kadang-kadang boleh perasan muka kita jadi lain bila pakai tudung yang tak sesuai. jadi kusam. kita pula jenis beli sbb benda tu nmpak cantik
ReplyDeleteTak pernah buat colour analysis tu. Tapi kalau pakai putih terus auto macam dayang senandung 😆
ReplyDeletetk pernh buat color analysis....sama la kita kalo ada tema kena pki putih rasa muka trus auto gelap haha...pakai putih time nikah dlu ..lps tu ada pernh tema birthday nk kena pki tudung putih terpaksa pinjam tudung kawan haha....sedap nmpk ayam taliwang tu
ReplyDeleteTeriiingiiin nak buaaat kak. Tapi tuh lah belum dapat yg lokasinya dekat dengan saya. Rata2 di jakarta selatan, yg mana jauuuh sangat dari saya dj jakarta timur 🤣.
ReplyDeleteMemang lah, sekarang ini lemari dah banyak sangat baju. Kalau dah tahu apa yg sesuai kan, nak saya kurangi semuanya 😄.
Samaaa kita, paliiing benci saya pakai putih. Langsung lah kulit terlihat kusam 🤣
Waah ada ayam Taliwang 😍. Saya sukaaa, tapi tuhlaah belum ketemu yg benar2 pedas hahahah.