My MIL ada bercerita hari tu, kampung ai nun di “Kashmir” menang pertandingan masakan Nasi Ambeng. Of course la ai berbangga!. Dengan harga hanya RM5 kot boleh mengalahkan zon2 yang lain termasuk kampung MIL. Tapi masalahnya sekarang fikiran ai asyik teringat-ingat pada nasi ambeng versi “Kashmir” tu. Nak buat sendiri, M lah pula. Rasa macam elok berguru terus dengan Mak Sedara ai (Auntie K), culik dan paksa beliau masak depan kami sebab nasi ambeng beliau memang the best. Selalu siap lengkap dengan kerabu tauge cambah (tauge kepala besar) yang sedap giler. Kalau beliau munjung raya je, menu lain terus kami anak tirikan. Haha.
Tapi nasib baik ada kat Malaysia (ketika itu), tak perlu risau, pasti ada je jual. Kali ni singgah ke Restoran Mastar, ah lupa plak sebutan dia. Lokasi di Bangi.
Mungkin resepinya dah diolah mengikut selera umum (tak terlalu Jawa), jadi bagi yang nak rasa nasi ambeng versi “lite”, bolehlah cuba. Tapaw la.. balik nanti U guys makan atas daun pisang, baru heaven. Ada kan daun pisang U beli dekat pasar tani aritu ai nampak Uollz letak dalam peti ais. Kekeke.
Apa pun, okay juga pengalaman ni. At least kami dah tahu kat Selangor mahu pun KL masih ada pilihan nasi ambeng bila teringin. Lagi satu, happy makan kat sini sebab penjual dia semua berwajah ceria dan tak buat orang sebel. Stress betul bila kita yang keluar duit, tapi penjual pula macam tak nak duit pulak sebab berwajah cembrut.







Saya lama tak cakap Jawa, terhibur pula bila baca perkataan 'sebel'.
ReplyDeleteRindu nasi anbeng air tangan orang kamoung.
Pernah sediakan nasi ambeng masa belajar dulu kat Poli Johor sempena maulidur rasul rasanya then makan ramai2 dalam dulang. Lama tak makan nasi ambengZ
ReplyDeleteHahahahahah, perkataan paliiiing sering saya ucapkan kalo maraaah, 'sebeeeeeel bangetttt Ama tu orang' 🤣🤣🤣🤣.
ReplyDeleteSebenarnya itu bukan bahasa Jawa sih, karena di kamus besar bahasa Indonesia pun kata itu sudah fix masuk bahasa Indonesia, bukan Jawa. Cumaaaa yg paling sering menggunakan, orang2 di pulau Jawa 😁
Saya agak lupa bentuk nasi ambeng.. coba nanti saya browsing dulu 😄. Soalnya suka ketuker Antara nasi ambeng, dan nasi megono kak. Mirip ..
17 kahwin dengan org jawa.. nasi ambeng ni je yang tak leh lalu kat tekak, xtau kenapa. Dah cuba tapi tak boleh. tapi kalau ayam masak kicap dia ke.. sambal dia ke.. ok kita on
ReplyDeleteSA x pandai makan nasi ambeng tp suka mencuba...lepat tu nampak sedap kak walau SAx makan labu
ReplyDelete