Sekali lagi singgah makan di Cinta Jawa Cafe, Shibuya. Aritu kan lupa nak snap. Besar ruang restoran ni, kelihatannya macam ada dua ruang berbeza. Kali ni pegi ke ruang yang satu lagi. Suasananya sedikit berlainan, tetapi tetap selesa.
Terletak di kawasan yang boleh dianggap prime area, tentu sahaja kos sewanya bukan kecil. Namun dari situ sudah dapat dibaca kehebatan dan keberanian pemilik restoran ini. Bertahan dan berkembang di lokasi sebegini, di negara orang pula, bukan usaha biasa-biasa.
Sebelum sampai ke situ, melintasi kedai ni. Kat sini la kami beli beras yang serupa nasi impit kemarin. Rasanya cukup la sekadar itu. Ai tetap rindukan my basmathi. Kepala pula tengah senoneng akibat diet kaffien ke laut dan termakan mochi (mochi kat Jepun ni sedap). Jadi bila makan “nasi impit” tu menambahkan lagi senoneng.
Oh ya, di shopping complex PARCO di Shibuya ini tersedia ruang solat. Tempat mengambil wudhu juga ada tapi jika anda dapat mengekalkan wuduk dari rumah lebih baik kerana ia berkongsi dengan jemaah lelaki. Ai tiada isu dalam hal ini kerana diapit oleh 2 orang “body guard” lelaki yang setia menemani. Maghrib masuk terlampau awal dlm pukul 4.00 pm, memang tak sempat jika nak balik semula ke hotel untuk jamak zuhur dan asar.



No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.