Monday, January 12, 2026

Bawa Pakcik Jalan-Jalan Jodja.

Assalamualaikum guysss!.

Kami ke Jodja lagi, kali ini Encik Suami ingin membelanja Pakcik-pakciknya.   Best pula jalan-jalan dengan 7 pendekar (termasuk pemandu) and I am the only princess.  Less drama.   Alhamdulillah walau pun semuanya dah warga emas, segalanya berjalan dengan lancar dan  Allah permudahkan.   

Sebab Pakcik suka suasana keraton, jadi kita singgah  di beberapa istana antaranya Istana Solo, Jawa Tengah. Banyak kisah menarik yang dikongsi oleh Tourist Guide (Penjaga Istana), dan salah satunya benar-benar meninggalkan kesan.




Diceritakan tentang seorang puteri Jawa yang terkenal dengan kecantikannya. (Gambar kanan). Walau pun ramai peminat, bukan bangsawan tinggi yang dipilih sebagai pasangan, tetapi seorang tentera biasa. Namun di situlah letaknya hikmah  kehidupan mereka bahagia, tenang, dan penuh kasih.  Mungkin asbab kebahagiaan itulah yang menjadi asbab puteri tersebut dipanjangkan usia hingga mencecah 100 tahun selain ajalnya memang telah ditetapkan sedemikian.

Kadang-kadang hidup mengajar kita satu perkara: pilihlah pasangan yang membahagiakan hati. Kerana kalau tersilap dapat yang NPD (nauzubillahiminzalik), bukan saja kecantikan pun boleh ‘menua’ sebelum waktunya malah banyak penyakit yang singgah.  Bear this in mind gurlz!.






Istana ini pernah dilanda banjir hingga lantai marble yang mulanya putih bertukar kecoklatan, diberus pun tak hilang, namun ia menambahkan lagi nilai estetik pada kemasan ini.   Jadi Puan-puan,  tiap musibah yang melanda, terselit pelbagai hikmah.  


8 comments:

  1. Teringin jugak nk tengok kemeriahan jalan² bersama segerombolan hero tu.. hihi

    ReplyDelete
  2. wahhhh Jodja.. tempat kekasih hati dulu kini dan selamanya duta so7

    ReplyDelete
  3. Keraton with pun blm sampai saya datangi, padahal rumah saya di solo tak jauh dari keraton 🤣.

    Btw kak, penulisan yg benar itu YOGYAKARTA. Disingkat YOGYA. tapiiii ntah kenapa orang2 banyak sebut JOGJAKARTA. disingkat Jogja. Jadi bukan Jodja ☺️😉. Pakai G. Tapi memang pengucapan Jogjakarta lebih mudah diucap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tau ada typo pula dj atas 🤣. Btw kak Sam, saya ada email kakak yg ke email yaa. Penasaran pula saya apa blog saya eror hingga tak terlihat update stories atau macam mana 😅😅. Please kabarin kalau dah baca email-nya ☺️

      Delete
  4. Akak nak tau tak..SA berkenan betul dengan baju kebaya dalam gambar pertama tu..klasik sanagt kan..dengan badan dah naik ni agak2 lawa ke kalau SA pakai baju kebaya mcm tu..hahaha..tapi versi longgar la bukan ketat...

    ReplyDelete
  5. waahhhh jalan-jalan only princess less drama! ehehehe

    ReplyDelete
  6. Cantik marmar tu ada percikan warna coklat pulak.

    ReplyDelete
  7. Dari Japan kini ke Yogya.. Dengar cerita, banyak tempat-tempat sejarah di sana ya.. Happy holiday sis..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.