Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Wednesday, April 15, 2026

Menginap di Novotel Lombok.

Sepanjang di Lombok, kami menginap di Novotel Lombok Resort & Villas. Tak pasti dengan orang lain, tetapi secara peribadi, saya memang suka dengan hotel ini.

Di bahagian belakang hotel, terdapat sebuah pantai yang agak cantik.  Pemandangannya menenangkan, bangku-bangku untuk beristirehat juga banyak,  cuma ombaknya agak kuat dan kawasan berkarang. Jadi, hasrat untuk bermandi-manda di laut terpaksa dilupakan. Akhirnya, kami beralih ke swimming pool sahaja sementara menunggu malam untuk makan malam bersama.  



Bilik selesa, disajikan pemandangan hijau yang menenangkan jiwa.   Rasa lapang minda sepanjang kat sini.  Tak fikir masalah duniawi dan kerja.


Sarapan pagi percuma dgn hidangan yg pelbagai.


 
Saya suka donutnya yg lembut macam saya buat.  Hihi.


Saya asik berangan untuk ada dinding dan atap seperti ini sebab cantik dan menggamit memory.


Mr King Abdul Aziz, Bell Boy yang peramah dan kelakar


.

Melihat seni binanya yang cantik, mungkin betul la orang kata, Lombok ni macam Bali tapi versi Islamik.    Di setiap bandarnya banyak mesjid, sebab tu la disebut kota 1000 mesjid.    Tapi tak tau lah sebab saya pun belum pernah ke Bali walau pun ramai teman di sana.


Sekian.    

Tuesday, April 14, 2026

3 jam perjalanan ke Bukit Sembalun.

Assalamualaikum wbt,

Anak-anak begitu teruja melihat gambar-gambar di sekitar Lombok yang kami kongsikan di WA.  Berazam untuk ikut serta di masa akan datang.  Namun, untuk Bukit Sembalun ini, mungkin saya sendiri tidak akan menyarankan mereka ke sana.   Kita boleh tukar plan ke jalan-jalan datar atau shopping2 kain tenun.

By the way, alhamdulillah atas pengalaman ini,  tetap saya syukuri sebagai satu kenangan yang berharga.

Tahniah juga buat diri sendiri kerana berjaya mengharungi perjalanan yang berliku tanpa mabuk atau pening kepala, walaupun tidak mengambil sebarang ubat.

Sejujurnya, rasa kurang selesa itu berpunca daripada tempoh perjalanan yang agak panjang, ditambah pula dengan keadaan jalan yang bersimpang-siur. Menaiki kenderaan yang tidak begitu besar juga sedikit menyumbang kepada ketidakselesaan tersebut. Sepanjang perjalanan, kami turut terlihat beberapa kenderaan berhenti di tepi jalan, mungkin penumpangnya tidak tahan dan perlu muntah,  yang secara tidak langsung menambahkan lagi rasa nervous kita yg melihatnya.




Namun, ada satu perkara menarik tentang kawasan Bukit Sembalun ini. Tahukah anda, ketika pandemik dahulu, kawasan ini dikatakan bebas daripada Covid?.
MasyaAllah. Mungkin kerana lokasinya yang terpencil di kaki gunung, jauh daripada kesesakan orang ramai.



Setelah menempuh 3 jam di jalanan akhirnya sampai ke destinasi.  Kat sini ada restoran yang dipanggil Rumah Sawah Sembalun.   Selesai lunch dan minum “wedang jahe” badan kembali segar.



Untuk bergambar di kawasan ini kita perlu membayar tekit 300 ribu rupiah.   Cop biru di tangan sbg resit masuk, dah kawan2 ingat saya bertatu bila nampak video saya.





Gunung ganang di sana tu sebenarnya sangat cantik dan tinggi, tapi yg herannya di hand phone semua orang ia tak fotogenik langsung.

Dalam perjalanan, kami turut melalui kawasan Bukit Rinjani. Di situ, hati ini turut tersentuh. Al-Fatihah buat sahabat suami yang telah pergi akibat terjatuh ketika mendaki. Sesungguhnya, setiap perjalanan itu ada ceritanya, ada yang kembali dengan kenangan, dan ada yang kembali kepada Pencipta.

Mungkin benar, bukan semua perjalanan itu tentang destinasi. Ada yang hadir untuk mengajar kita erti sabar, syukur, dan melihat kehidupan dari sudut yang lebih dalam.


 









Boleh tonton video2 di atas untuk melihat situasi sebenar.



Beraya dan majlis kahwin di Lombok

Assalamualaikum wbt.

Di hujung-hujung lebaran, kami beraya di Kota 1000 Mesjid, iaitu Lombok, Indonesia.   Dahulu, saya agak skeptikal setiap kali mendengar tentang lelaki Lombok.   Mereka sering dikaitkan dengan cerita melarikan anak dara orang.  Jadi saya agak “seram”.   Hihi.  Tapi dalam seram2nya saya, saya masih optimis ketika itu bila terbaca entri abang saya yang bertajuk “Rahsia kenapa ramai terpikat dengan jejaka Lombok?”.   Mcm tu kot tajuk dia. 

Namun, bila diberi peluang melihat dan merasai sendiri kehidupan di sini, barulah faham bahawa di sebalik cerita culik menculik itu, tersimpan nilai dan adat yang telah lama berakar. Ia bukan sekadar kisah “melarikan”, tetapi satu tradisi yang ada aturan, persetujuan, dan makna tersendiri dalam masyarakat mereka.



Alhamdulillah, diberi peluang menyantuni pengantin di Rumah Adat Sade, iaitu perumahan masyarakat Sasak yang unik dan menarik. Sasak ialah nama suatu kaum di Lombok, dan kebanyakannya beragama Islam, indah dengan cara hidup yang masih kuat berpegang pada adat dan tradisi.

Salah satu keunikan budaya di sini seperti yg saya sebutkan tadi ialah adat “menculik” bakal isteri, atau lebih dikenali sebagai merariq



Menariknya juga, dalam kalangan mereka, perkahwinan sesama saudara terdekat seperti sepupu bukanlah sesuatu yang asing. Ia menjadi sebahagian daripada tradisi yang diamalkan sejak dahulu, sebagai cara untuk mengekalkan hubungan kekeluargaan dan warisan dalam komuniti mereka.



Dibawa melihat rumah2 masyarakat di situ.  Ada yg dihuni dan ada yg sekadar pameran.   Rumah ni berlantaikan najis lembu tapi sebenarnya sekadar ditabur2 mcm tu je lah bukan lah dimampatkan hingga menjadi lantai seperti yg saya bayangkan sebelumnya.  Tujuannya supaya “hantu” tak berminat nak kacau.

Teringat cerita kawan saya, gara2 usahanya untuk mendapatkan zuriat, Perawat memandikannya dengan air kubang hinzir.  Lantas saya terfikir, mungkin konsepnya sama dengan cerita di atas kot.  Nak halau hantu. Wallahualam.





Berbual dengan pak supir yang juga pernah melalui adat “menculik” ini, dari ceritanya, jelas bahawa adat ini bukan sekadar perbuatan spontan, tetapi ada aturan dan persetujuan yang difahami dalam masyarakat mereka.

Beliau juga berkongsi bahawa masih ada dalam kalangan masyarakat yang mengamalkan ilmu pelet untuk memikat gadis yang disukai.  Nasihat beliau kepada gadis2 di luar sana :- jika menerima makanan daripada seseorang, ingat siapa yang memberinya. Dengan itu, katanya, ilmu tersebut akan kurang menjadi.   Moga kita semua dilindungi. 



Pak Supir juga bercerita, lazimnya sebelum pegi ke majlis2, uda dan dara ini akan “all out”, malah ada yang pergi dulu ke salon, tak kira sama ada lelaki atau pun perempuan.  Semua dilakukan untuk mencari jodoh.  Kebanyakan mereka berkahwin di usia muda.   


Menu di rumah pengantin antaranya :  Masak lemak babat dan batang pisang, kerabu tauge dan gulai daging.

Terima kasih tuan rumah atas jemputan ini dan layanan yang sangat mesra dari semua.  Kami sangat berbesar hati.  Moga ketemu lagi di lain kali.  Insha Allah.


Wednesday, January 21, 2026

Meneroka Warisan dan Tradisi Jawa di Keraton Yogyakarta

Assalamualaikum guysss!

Antara perkara yang menarik di Keraton Yogyakarta ialah paparan adat dan tradisi masyarakat Jawa. Semuanya dipersembahkan dengan begitu teratur, seakan-akan mengajak pengunjung memahami perjalanan hidup seseorang melalui lensa budaya Jawa.



Seperti pengalaman yang pernah ai ceritakan dalam entri terdahulu, acara Siraman Pengantin adalah  perlambangan penyucian diri sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Setiap air (dari 7 mesjid) yang dituang mempunyai makna, setiap gerak ada falsafahnya. Ia bukan sekadar ritual, tetapi doa yang dibentuk menjadi perbuatan.   Wanita-wanita yang dipilih untuk memandikan bakal pengantin juga ada syarat-syarat tertentu.



Dah lama betul tak dengar perkataan “boyongan” seperti yang tertera pada signboard hitam itu. Ini sebenarnya merujuk kepada pakaian yang biasanya dipakai oleh mempelai ketika boyongan yang pada ai membawa maksud berpindah. Namun dalam konteks ini, ia merujuk kepada majlis resepsi atau majlis menyambut menantu.   Betul juga, mempelai perempuan memang sedang “berpindah” ke alam yang baru.



Kemudian ada pula hidangan simbolik seperti bubur putih bubur merah, yang sering dihidangkan dalam kenduri kesyukuran.   Sedap , diperbuat dari beras pulut dan gula melaka serta bersantan.  Simbol  keseimbangan dan rasa syukur dalam cara yang paling sederhana. Bubur yang nampak biasa, tetapi kaya makna dalam adat Jawa.  Ada putih ada merah.. begitu lah kehidupan.  





Alhamdulillah dapat mengembalikan semula ingatan pada budaya nenek moyang, Keraton Yogyakarta ini mengumpulkan semuanya itu  dalam satu ruang yang damai dan penuh nilai.

Ia adalah sebuah istana yang menjadi lambang kebudayaan Jawa, menyimpan sejarahnya yang tersendiri. Kewujudannya mencerminkan perjalanan panjang Kerajaan Mataram Islam. Ringkasnya, kesultanan ini kemudiannya berpecah kepada dua: Kesultanan Yogyakarta dan Kesultanan Surakarta.


P/S. :    Ai pun baru tahu bahasa Jawa ada aksara (huruf)nya sendiri.   Malah menurut penduduk setempat ia juga terkandung dalam silibus membelajaran.



Monday, January 12, 2026

Bawa Pakcik Jalan-Jalan Jodja.

Assalamualaikum guysss!.

Kami ke Jodja lagi, kali ini Encik Suami ingin membelanja Pakcik-pakciknya.   Best pula jalan-jalan dengan 7 pendekar (termasuk pemandu) and I am the only princess.  Less drama.   Alhamdulillah walau pun semuanya dah warga emas, segalanya berjalan dengan lancar dan  Allah permudahkan.   

Sebab Pakcik suka suasana keraton, jadi kita singgah  di beberapa istana antaranya Istana Solo, Jawa Tengah. Banyak kisah menarik yang dikongsi oleh Tourist Guide (Penjaga Istana), dan salah satunya benar-benar meninggalkan kesan.




Diceritakan tentang seorang puteri Jawa yang terkenal dengan kecantikannya. (Gambar kanan). Walau pun ramai peminat, bukan bangsawan tinggi yang dipilih sebagai pasangan, tetapi seorang tentera biasa. Namun di situlah letaknya hikmah  kehidupan mereka bahagia, tenang, dan penuh kasih.  Mungkin asbab kebahagiaan itulah yang menjadi asbab puteri tersebut dipanjangkan usia hingga mencecah 100 tahun selain ajalnya memang telah ditetapkan sedemikian.

Kadang-kadang hidup mengajar kita satu perkara: pilihlah pasangan yang membahagiakan hati. Kerana kalau tersilap dapat yang NPD (nauzubillahiminzalik), bukan saja kecantikan pun boleh ‘menua’ sebelum waktunya malah banyak penyakit yang singgah.  Bear this in mind gurlz!.






Istana ini pernah dilanda banjir hingga lantai marble yang mulanya putih bertukar kecoklatan, diberus pun tak hilang, namun ia menambahkan lagi nilai estetik pada kemasan ini.   Jadi Puan-puan,  tiap musibah yang melanda, terselit pelbagai hikmah.