Isu apa yang viral?. Anak enam tahun masuk darjah satu?. Ada yang risau, ada yang teruja. Menariknya, pengalaman peribadi saya sendiri membawa saya menilai isu ini dari sudut yang lebih luas. Arwah ayah pernah menghantar saya ke sekolah pada usia enam tahun, setahun lebih awal daripada kebiasaan. Ketika ditanya oleh Cikgu tentang alasannya, jawapan ayah sangat mudah:
“Budaknya nak sekolah sangat.”
Itu sahaja. Tapi kata-kata ringkas itu menyimpan satu prinsip yang jarang disebut: motivasi dalaman anak.
Walaupun saya berada dalam kelas bersama murid-murid yang setahun lebih tua, saya belajar menyesuaikan diri bukan kerana fizikalnya sama, tapi kerana hati saya benar-benar mahu belajar ketika itu. Kakak dan abang dah bersekolah, jadi saya bosan di rumah. Semangat itu menjadi pendorong utama, menjadikan setiap pelajaran, setiap rakan, dan setiap cabaran lebih mudah dihadapi.
Faktor seperti kesediaan kognitif, emosi, dan sokongan persekitaran penting. Tetapi tanpa minat dan motivasi anak sendiri, proses menyesuaikan diri akan lebih sukar.
Dalam kes saya, saya bernasib baik kerana ada ayah yang yakin, guru yang memahami, dan suasana sekolah yang tidak terlalu menekan. Tetapi tidak semua anak mempunyai sokongan psikososial yang sama.
Hari ini, bila melihat isu ini kembali hangat, saya tersenyum dan berterima kasih pada arwah ayah saya. Al fatihah.
entahla nak cakap apa. baca kat fb cikgu dah bising murid bertambah. harap kerajaan ada mekanisme terbaik la kalau nak laksanakan juga.
ReplyDeleteada pro dan kontra dia kak sam. tgk anak juga.. aida kalau dulu ikhlas boleh lah masuk sbb dia terlalu advance.. tapi kalau si abang ni rasanya susah sikit. yg penting parents kena tahu anak mereka di tahap mana
ReplyDeletetapi, zaman dulu macam takde masalah kan.. yang linda pula, baru darjah 5, tapi sibuk nak pergi kelas tambahan upsr yang darjah 6 tu.. hahaha
ReplyDeleteBetul tu, kadang environment tu sendiri yg boleh trigger anak² utk masuk sekolah awal, mcm anak² sy semua start tadika umur 4 tahun, takut jugak la mereka boring sebenarnya, tapi alhamdulillah dgn pelbagai aktiviti mereka berjaya melepasi 3 tahun di tadika dan bila masuk darjah 1 mereka jadi lebih bersedia dan bersemangat
ReplyDeletesy dh x ada anak berusia 6 tahun ke bawah.. sekiranya baik, kita follow je la, ada kebaikannya insya allah, budak sekarang kalau x hantar sekolah duduk rumah pun dibiar main gajet, baik hantar je sekolah awal.. boleh juga berkawan dan belajar
Sebab tu Menteri tu cakap untuk yang berminat dan tertakluk pada ujian yang dilakukan sebelum masuk sekolah kan...for me..anak-anak zaman sekarang x sama macam anak- anak zaman kita..so biarlah dalam keadaan bersedia...
ReplyDeletekalau di sini memang usia 6 tahun dari dulu kak untuk darjah 1 :D ... Sayapun sama, masuk darjah 1 usia 6.. adik saya yg nomor 3 malah usia 5 tahun, sebab memang dah mampu mengikuti saat itu.
ReplyDeleteagree, terpulang ke anaknya juga... kalau mampu mengikuti, kenapa ga kaan :). apalagi skr pun ada sekolah yg menyediakan kelas akselerasi... untuk anak2 yg genius, biasanya mereka masuk ke sini... jadi kalau normalnya 3 tahun untuk senior highschool, akselarasi hanya 2 tahun.