Monday, March 2, 2026

Buffet Ramadan Di The Everly Hotel

Zam zam alakazam!!.  Dah kat planet lain dah pun.  Alhamdulillah.

Pulangnya seorang anak yang sudah “yatim piatu” ini ke tanah air memang tak akan sama lagi macam dulu2 ketika orang tua masih ada.

Dulu, rasa teruja itu lain.  Sekarang… perasaan itu jadi sederhana.  Biasa-biasa saja.  Getarnya tak lagi sama.

Mungkin sebab itu, untuk menambah sedikit rasa teruja untuk balik, dari Perth lagi saya cuma membayangkan satu perkara,  buffet Ramadan Malaysia yang sedap-sedap. Itu je yang mampu membuat hati sedikit berbunga.

Kalau nak cerita bab moreh, kat Aussie pun ada moreh, malah suasana Ramadan di overseas lagi meriah.  Yang tu kita kat Malaysia tak boleh nak flex sangat.  Jadi yang boleh nak “dieksen” ialah pilihan buffet ramadan kita je.



Sebaik saja mendarat, kami sahur sepantas kilat di airport. (tiada dalam gambar). Tak sempat beremosi panjang, fokus pada makanan dulu. Prioriti jelas.

Lusanya pula, saya “request” pada suami nak iftar di luar. Padahal dalam hati, simple-simple pun tak apa. Janji dapat cuti masak. Itu sebenarnya matlamat utama.  Tapi hubby suruh booking buffet ramadan di hotel.

Sudahnya, google search blog sendiri. Cari sana sini, tak jumpa apa yang diimpi. Tiba-tiba ternampak satu list iftar buffet di Facebook.

Dan akhirnya… kami memilih The Everly Putrajaya.





Laaa rupa-rupanya kami pernah iftar di hotel ini cuma lokasi buffet je dah berubah tempat.    Tapi okay la, suasana lebih meriah pula kali ni.




Selalu bila buat booking macam ni, saya suka guna nickname “Miss Mirror” sahaja… tapi kali ini, sebagai membalas dendam pada Encik Suami, saya letak nama beliau panjang-panjang.

Sebab itulah yang beliau selalu buat pada saya. Setiap kali buat apa-apa tempahan, mesti nak tulis nama saya penuh berjela hingga bila nama dipanggil, rasa macam satu dewan boleh hafal nama tujuh keturunan. Contohnya masa announcement di kaunter main bowling. Memang tak boleh nak sorok muka langsung. 





Harga seperti yang tertera.  Jumaat hingga Ahad RM158.00.  Hari lain RM138.

Thanks Ramie of Everly, in return ai dah review kat blog ai kay!.   Ai bagi 5 bintang!.

Cuma area dewan makan aircond sejuk sangat.  Rasa macam nak berkelubung je dengan napkin atau table runner yang ada kat situ.   Haha.  Sebab itu je pilihan yg ada, nak gapai langsir tak logik la pulak kan?.   Tapi lepas berbuka dan makan kambing bakar baru lah kesejukan tu hilang perlahan2.




Area laksa dan mee.


Tropikal fruit.



Lokasi :

The Everly Hotel Putrajaya
2 Jalan Alamanda
Putrahaya  62000
Wilayah Persekutuan
Putrajaya




No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.