Sunday, March 1, 2026

Random Photos

Assalamualaikum uollz!!

Bila orang yang dah berbulan-bulan jadi sebahagian daripada rutin harian kita pergi for good, kita bukan saja hilang pekerja tapi..

Kita hilang bunyi hilai tawa dia.
Hilang gurauan-gurauannya.

Jadi, untuk distract kepala ni daripada sedih sebab staff dah habis contract hari ini, kita buat entri random photo untuk hiburkan hati.   Ingat  nasihat Doktor aritu Sam, jangan stress2!!.   Bahaya untuk kesihatan.

Sebab kalau duduk diam lima minit, telinga mula terngiang2:

“Sedap sangat Cik masak, cemana ni saya tak boleh berhenti (makan)??”  Pastu beliau makan masakan ai tu dengan bersungguh2.


Maunya tak sedih terngiang2?.   Tapi tak pe lah.  Beliau pergi pun demi kejayaan yang lebih cemerlang.  Moga Mr Jay lebih berjaya dan hebat di tempat baru.  Berjodoh dengan gadis yang solehah. Aamiin.


Ok mari hiburkan hati dengan throwback photos sepulang Perth kemarin.


Sampai je rumah, mata terus tertumpu pada bungkusan di atas katil. Rupa-rupanya, hadiah hari jadi Mama dari Cik Q.  Shawl dari Ain pula tak sempat dirakamkan, sebab masa itu sakit terlalu menyesak, sampai malas nak menatap muka sendiri ketika ke klinik dengan shawl itu. Dasyat betul, kan? 😅




Masa tu tekak hanya berselera untuk makan yang berkuah je, jadi singgah la resto yang baru kat William St ni.  Masuk je dalam badan dah menggigil2.   Oder sup pun tak habis makan. 




Seminggu kemudian, dapatlah masak “punjungan” sebagai membalas lauk pauk iftar dari jiran.  Alhamdulillah nasib baik sedap dan semuanya suka.  Masya Allah tabarakallah.



Bagi yang biasa ke Perth, mesti tahu Restoran Makan-Makan kat Victoria Park ni.   Akibat sakit sangat (ketika tu) sampai terbaring kat sofa ni.  My son dah bebel2, “Mama.. malu lah Ma kalau orang tengok.”.   Hahaha.  Ai pulak  tak kisah selagi ayah dia pun tak bising.  Nasib baik la owner dia member2 sendiri.   Tak de pulak dorang tertanya2 napa la Makcik ni macam dah nazak sangat?. 😁😅.   Rupa-rupanya sekadar sakit stress, ingatkan sakit apa la kan.



Cuaca Perth panas terik dan muka pun bleh rentung bulan ni tapi hubby sempat la memangkas pokok kegemaran si Chanel ni sementara menunggu waktu berbuka.   Tahun ni puasa di Aussie lebih panjang berbanding yang lepas.  



Antara Bazaar Ramadan yang sempat dihadiri.  Yang ni kat Dewan Cannington.   Sedap2 juga jualan mereka.  Baju2 kurung pun ada je terjual kat sini.



Anggur hasil tani depan rumah.  Banyak yang dah jadi kismis atas pokok sebab budak2 tak nak petik.



Dah siap dah train station yang buat aritu.


Sekian.

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.