

Buat susah2 je kakak ipar saya ni (Ustazah Latifah) siap masak2 bagai. Terima kasih.
Balik tu Abang Baha bagi saya duit. 😍😍. Alamak!. Best pulak jadi adik, bukan saja boleh perasan muda, dapat duit lagi!!. Thank you!!.
🌶️ CILOK PEDAS BY MISS MIRROR 🌶️
Bahan-bahan cilok:
• 20 sb tepung gandum protein sederhana
• 1 sb chicken stock
• 1 sb garam
• ½ sb lada putih
• Daun bawang, dihiris kecil
• 3 ulas bawang putih, ditumbuk/parut
• 2 cawan air
• 20 sb tepung ubi
Cara membuat:
Masukkan tepung gandum, chicken stock, garam, lada putih, daun bawang, bawang putih dan air ke dalam periuk.
Kacau rata dahulu, kemudian hidupkan api.
Kacau sehingga adunan sebati dan menjadi pekat.
Tutup api. Semasa adunan masih panas, masukkan tepung ubi dan gaul rata.
Bila adunan dah agak suam, uli sehingga menjadi doh.
Bentukkan bulat-bulat dan susun atas dulang.
Didihkan air dalam periuk besar. Masukkan bebola cilok dan rebus sehingga masak. Bila cilok timbul, biarkan seketika sebelum angkat dan toskan.
Tip utk kekal lembut walau pun ketika sejuk - kukus setelahnya.
🌶️ Sos Kacang Pedas
• Kacang tanah goreng, ditumbuk kasar
• Cili merah/cili padi, ikut tahap kepedasan
• 2 ulas bawang putih
• Sedikit gula merah
• Sedikit garam
• Air secukupnya
• Sedikit kicap manis
Tumis bahan yang dikisar, masukkan air dan gula merah. Bila dah mendidih, masukkan kacang tanah dan kicap manis. Masak sampai sos pekat.
Siap! 🤤🌶️






Salam takziah buat seluruh keluarga. Indah cara memujuk hati, percaya insan tersayang kini sedang berehat dengan tenang. Semoga Allah merahmati arwah Kak Roha dan mengurniakan syurga-Nya. 🤲
ReplyDeleteIkut berdukacita ya kak sam... Semoga almarhumah dilapangkan selalu kuburnya, dan diterima semua amal kebaikan beliau.
ReplyDeleteWaaah cilooook 😍😍😍😍😍. Memang fav sayaaaa. Apalagi kalau saya kacang pedas 😍. Dan paliiiiing suka kalau ada isian dalam cilok , biasanya dipakai jando (lemak dada sapi) .
Yg berkuah suka juga, tp saya lebih suka bumbu kacang
Salam takziah buat Kak Sam dan seluruh keluarga atas pemergian arwah Kak Roha. Semoga roh arwah dicintai dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Betul kata Kak Sam, bila tengah berduka ni silaturahim dengan keluarga memang ubat paling mujarab untuk tenangkan hati. Al-Fatihah
ReplyDelete