Friday, January 2, 2009

TENTANG MIKROWAVE

Miss Mirror (MM) sebenarnya ingin kongsikan satu artikel untuk anda semua berkaitan tentang bahayanya mikrowave dalam kehidupan kita tetapi sehingga sekarang MM belum menerima feed back/keizinan penyiaran semula artikel tu dari satu forumer untuk dimasukkan ke blog MM ni, maka biarlah hari ini kita bergedik santai di dalam membincangkan topik ini.

Anda ada gelombang mikro di rumah? Sudah pasti dalam kehidupan yang sibuk dan tuntutan kerja yang pelbagai membuatkan anda berasakan ianya bukan lagi suatu kehendak tetapi keperluan yang sangat penting.

MM pun sebenarnya memang berasa was-was untuk menggunakan mikrowave tu sebab tu la nak membelinya MM berfikir 10 kali, bukan 10 kali je tetapi 10 tahun memikirkannya tetapi entah macam mana satu hari tu MM mendapat hadiah dari ibu mertua, sudah semestinya kalau bernama hadiah tu ianya sangat MM hargai tetapi kali pertama menggunakannya pernah le menggemparkan satu taman. He he he.

Nak tau kenapa.. MM masa tu tengah masak, tetiba anak MM ni merenggek kat tingkat atas MM naik la nak tengok apa yang berlaku. Tetiba bila MM turun je.. zasssttt... asap berkepul-kepul satu ruang tamu... hangit tak usah nak cerita la. Rentung dah karipap tu. Kebetulan masa tu ada tetamu datang terus tak jadi masuk rumah sebab bau asap tu dah memenuhi seluruh isi rumah. Mikrowave tu pun dah hitam legam, seminggu MM menyentalnya..dah tak cantik dah walhal baru je guna seminggu. Ha ha ha.

Di dalam penggunaan mikrowave radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan dan molekul-molekul makanan ini dipaksa berpusing. Keadaan berpusing inilah yang memusnahkan molekul-molekul dan kadangakala menyusunnnya menjadi bahan toksik yang sangat merbahaya kepada manusia. Dalam keadaan memasak cara biasa molekul-molekul bergerak dari tepi ke tepi dan bukan berpusing.

Sebut pasal mikrovawe ni MM teringat seorang wanita, sudah pasti bukan anda kerana anda semua memang tidak mengenalinya..beliau ni memang terlalu menjaga apa sahaja yang masuk ke dalam perut dia dan anak-anak. Dari kecil lagi dia memang dah macam tu, hobinya semasa remaja mengumpul majalah Pengguna. MM memang tidak terikut dengan cara beliau. Penuh kepantangan di dalam bab-bab pemakanan ni.

Bagaimanapun bila MM ajukan soalan tentang mikrowave kepadanya sedikit masa dulu, komen beliau kalau nak memasak menggunakan mikrowave dia akan menutup pintu dan lari jauh2 lepas tu bila dengar loceng baru dia ke dapur (dia takut gelombang tu la agaknya).. tetapi bila dalam kes ni bukannya gelombang itu sahaja yang mengancam diri tetapi makanan yang dimasak itu sendiri dah cukup membahayakan.

Kepada wanita yang obses dengan keselamatan diri yg MM sebutkan di atas tu apa komen anda ya? Patulah kakak tu awet muda, kalau memasak memang tak guna perasa, makan pun sayur yang ditanam sendiri tetapi apakah usaha-usaha kerasnya di dalam soal pemakanan itu tergugat apabila mikrowave menjadi pilihannya menyediakan hidangan untuk anak-anak tersayang.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang muslim, pada pendapat MM langkah yang perlu kita ambil ialah walau apapun yang kita makan yang pentingnya mulakan dengan berdoa. Jadikan doa itu satu perkara penting. Selain doa makan yang kita amalkan setiap hari, doa (sila rujuk doa pendinding - doa no. 2 dlm artikel MM yang lalu). Doa tersebut menurut Dr. Fatma AlZahra dapat melindungi diri kita dari keracunan makanan atau sebagainya apabila dibaca. Selain dari itu ianya adalah pendiding dari anasir2 halus seperti sihir atau pun santau. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.