Saturday, March 28, 2009

HIDUP TIDAK HANYA DI DUNIA.... REZEKI ADA DI MANA-MANA

Kalau nak chat dengan MM silakan chat di bawah ni... tulis sahaja di kotak empat segi kat bawah tu ya...
KALAU NAK CHAT KAT TEMPAT YANG LEBIH EKSLUSIF SILA KLIK.
PERATURAN CHAT : DILARANG MENGHANTAR LINK!!!

Get your own Chat Box! Go Large! *
Salam all.... Hai... 2 hari MM tak on line.... busy memanjang dengan urusan duniawi.

Oleh kerana tak On line... terasa begitu segar di pagi hari, malam tadi MM masuk tidur lebih kurang lepas isyak.. Terjaga pukul 2 pagi... Apa yang membuat MM terjaga ialah MM termimpikan seseorang... KN la yang MM mimpikan... Hai KN... MM rasa KN dah lama tak ON LINE.. mungkin busy dengan businessnya yang hebat tu.

KN nak tau... MM mimpi KN kembali kerahmatullah... sampai menangis MM dibuatnya. Sebelum kejadian itu berlaku, MM mengunjungi KN di sebuah rumah kayu KN tengah happy, wajah pun berseri-seri... esoknya MM diberitahu oleh seseorang KN dah **********. Di dalam mimpi tu MM siap terfikir...

"Ya Allah... KN dah selamat dah... agaknya KN dah masuk syurga... nasib MM entah macam mana"

Bila MM terjaga je, MM terblurr-blurr... di hujung katil, MM terpandang hubby sedang ruquk.. sholat, rupa-rupanya MM hanya bermimpi... Lega MM... Orang tua kata tafsirannya ialah KN akan panjang umur... Aminn..

Selama hidup MM 36 tahun ini MM telah dikejutkan dengan berita-berita teman-teman yang telah pergi tak kembali... pada beberapa tahun lepas (lupa la pulak tahun bila).. MM semacam tergerak untuk menghubungi seorang teman lama ni... rupa-rupanya beliau ingin mengkhabarkan tentang seorang officemate kami, B yang telah pun meninggal. Lebih memeranjatkan lagi bukan setakat B sahaja yang telah meninggal dunia tetapi R dan S... Ya Allah... kuasa Allah tiada siapa dapat menyangkalnya walaupun mereka pada perkiraan MM memang masih muda belia. Masa meninggal tu baya MM ni la...

Teringat kebaikan si B, beliau seorang Pegawai yang MM rasa tidak pernah memberi masalah pun pada MM. Yang si R ni pulak, MM masih ingat sampai sekarang "resepi pecel terung"nya itu. Ya la masa tu MM muda remaja lagi, kami kat office ni dapat la ole-ole dari R ni.. dah tu buntu tak tahu nak masak apa dengan terung-terung tu. R (lelaki) memberikan ideanya. Mudah-mudahan dengan resepinya itu arwah mendapat ganjaran pahala yang tidak pernah putus... MM pun hampir lupa... lebih kurang macam ni la..

Terung dibakar
cili padi
bawang besar 1 labu
bawang putih 3 biji
cekur - 1 sudu besar
belacan
santan, garam

Cara

Kesemua bahan yang perlu ditumbuk... hendaklah ditumbuk
belacan tu bakar la dulu
Dah siap tumbuk, masukkan ke dalam santan
bubuh garam, jerang atas api.
Masukkan terung yang siap dibakar tadi.

"HIDUP BUKAN HANYA DI DUNIA".... Ya kita akan hidup di alam lain nanti... Bila dan di mana, itu semua hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Berkata tentang rezeki... ulat di dalam batu pun boleh hidup... ini kan pula kita yang hidup di "hutan batu." Bisnes menangani kegawatan sila KLIK.

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.