Friday, May 8, 2009

HADIAH HARI IBU

Ringan je rasa bangun pagi ni... mood baru sebab dah imej baru..
MM dah potong rambut semalam kat salon terkenal di Johor Bahru ni.
Kepanasan cuaca yang melanda seluruh negara ni membuat MM tidak
teragak-agak mengorbankan rambut MM yang dah setahun disimpan
panjang ni...
Memang tak boleh nak jimat kalau nak potong rambut kat bandaraya ni...
kalau kat BP tu... RM8.00 dah boleh dapat.... tapi ni diaorang charge RM44.00.
Masa kat Australia dulu... MM potong rambut RM90.00 ...sebenarnya kat sana
diorang akan tanya kita... sama ada kita dah membasuh rambut atau belum dalam
tempoh 24 jam... kalau belum... diorg wajib basuh rambut dulu (itu prosedur) dan
dikenakan caj tambahan.

Mahal satu hal la...ni tukang gunting tu tak ada "muka kedai"... tu yang boring tu.
Si awek tu basuh rambut orang macam emak si bawang putih tarik si rambut
bawang merah je lagaknya.. entahlah.. kurang kursus agaknya kot..
Anyway... MM rasa orang tu ok gak la sebab dia sudi tolong sapukan dan bungkuskan
dalam plastik rambut2 MM tu untuk dibawa balik..
Cehhh.... baru first time MM bawa balik rambut
yang MM potong kat kedai ni...
Tapi tak apa... sungguh pun mcm tu... hasilnya memang berbaloi..
Hubby siap 2 kali pandang dgn senyuman lagi.. So, kira orait la RM44.00 tu
dibanding RM8.00 yang kadang kala pun tokal takil.

Sebelum singgah salon tu, MM sempat beli sesuatu untuk hadiah diri sendiri
sempena hari ibu... tapi si Qistina kata, hari ini dia ada surprise untuk
mamanya.... ni yang MM tengah tunggu ni..
something that created by herself... apa la agaknya?
Oleh kerana duit dah banyak dilabur kat shopping complex... MM nak tambah
lagi income....

5 comments:

  1. Orait Mei... bisa diatur Mei..
    Pelan pemasaran dia nampak mmg ada potensi untuk kita...
    Anyway aku kena study banyak-banyak dulu nih!

    ReplyDelete
  2. nak suruh email kat aku, segan lar aku...bio tu pun aku tak jalan lg...aku dah cuba bnyk kali tp akhirnya aku realize that this is not my cup of tea. Sorry aku menghampakan korang....luxor, uptrend, mofaz direct, cni, sureco ni semua aku dah try, jualan runcit mmg aku blh dpt tp downline selalu aku sangkut. mkn yg ke 8 kot baru aku ok. heheheh

    ReplyDelete
  3. hehehe lupa nak ucap tahniah atas senyuman dan pandangan 2-3 kali suami mu. ok la tu maknanya...

    ReplyDelete
  4. Apa nak segan...

    Eh..Masalah nak cari downline ke? Heheheh.. sahabat handai, saudara-mara, cikgu tuisyen anak-anak kita, cashier2, orang hantar Pizza, salesman yg datang rumah... semua boleh jadi prospek kita...

    Tentang "bisnes baru" ni nampak mcm menarik..tp tgh study habis ni.. belum habis tuntut ilmu lagi.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.