Thursday, April 8, 2010

Tulis & Menang ariffshah.com

Tulis & Menang – RM250 Untuk Dimenangi!!

WP Greet Box icon


Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my & myliriklagu.com
dan
DENAIHATI DOT COM
TAJUK-TAJUK CONTEST : Tuliskan....
Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda?
Ada 2 tajuk di sini so, saya (Makcik Mirror) memilih tajuk :
CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA. APAKAH KEISTIMEWAAN BLOG ANDA

Gambar ~ di antara background blog MISS MIRROR yang terawal

Saya mula berblog pada tarikh 17hb November 2008 dengan entry pertama saya bertajuk sila KLIK. Blog ini dibina atas tanda persahabatan (di sinilah saya dapat bersembang secara maya dengan rakan-rakan karib saya) dan juga dibina atas tangisan insan lain (suspen!.  apakah ini?). 

Mengapa saya mengatakan blog saya terbina dari tangisan insan lain?.

Tahun 2008, anak bongsu saya Shashal masih sekecil usia 3 tahun, kakaknya Qistina berusia 5 tahun, setiap kali jemari saya menari-nari di atas keyboard kedua-dua anak kecil ini menangis minta perhatian.

Namun begitu saya masih sedaya upaya menggagahkan diri juga untuk menghasilkan entry sehingga sanggup berjaga di tengah malam ketika orang lain nyenyak tidur ketika itu dan membuat sedikit homework untuk menghasilkan karya yang terbaik untuk readers (walaupun saya sendiri tak pasti adakah ada orang membaca blog saya ketika itu) .

Saya sebenarnya tidak kisah sama ada orang sudi membaca atau tidak kerana niat ikhlas saya ialah saya ingin menjadikan artikel di blog saya yang tidak seberapa ini  menjadi sesuatu  yang bermanfaat mungkin tidak kepada individu A tetapi mungkin kepada individu B dan seterusnya (misalnya) sehingga saya ke liang lahad sekalipun.

Saya mahu ianya berkesinambungan kerana sebagai muslim kita percaya, apabila kita mati maka terputuslah segala amalan melainkan 3 perkara dan di antara perkara itu ialah ilmu yang dimanfaatkan orang kepadanya.

Saya sebenarnya tidak tahu apakah yang dapat saya sumbangkan kepada masyarakat dengan kudrat saya yang tidak seberapa ini maka saya rasa dengan mengambil peluang berblog secara percuma (terima kasih blogspot) dapatlah saya menyalurkan sumbangan kecil sama ada pengalaman yang mungkin saya terima sepanjang kehidupan, pengamatan, pembacaan dan sebagainya.

Sebab itulah saya lebih suka menjawab pertanyaan teman-teman yang ditulis melalui email, telefon atau sms sama ada bertanyakan tentang resepi, permasalahan kehidupan dan sebagainya saya akan menjawabnya di dalam blog supaya ini sekaligus dapat dikongsikan kepada orang lain di luar sana. Namun begitu selalunya saya tidak menyebut nama individu secara detail bagi menjaga nama baik mereka.

Saya percaya setiap dari kita pasti ada pengalaman tersendiri yang tidak dapat dirasai oleh orang lain, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan justeru sebenarnya di antara kita saling lengkap melengkapi.

Saya menganggap alam maya adalah sesuatu yang mengagumkan kerana di antara kita berpeluang berkongsi pengalaman itu di ruang langit tanpa sempadan. Saya bersedia berkongsi untuk teman-teman photo-photo melancong yang saya anggap terlalu peribadi jika mendapat keizinan dari yang berhak (suami saya) sekiranya ada permintaan dari teman-teman dan saudara mara bagi memberi peluang mereka yang lain mengetahui keindahan tempat yang saya lawati itu.

Selain itu blog saya ini juga ibarat rancangan JALAN-JALAN CARI MAKAN di TV3 tetapi bukan dihoskan oleh Maria Tunku Sabri tetapi Makcik Mirror bini Irp (lebih kurang je bunyinya kan) yang memberi peluang untuk anda mencuba makanan-makanan yang lazat yang pernah saya nikmati di mana-mana. Akan saya usahakan untuk menyebut harga untuk anda membuat perbandingan dan budget. (plan saya untuk masa hadapan).

Jika anda bertanya apakah keistimewaan blog saya? Selain jawapan-jawapan di atas, keistimewaan yang utama ialah BLOG INI DITULIS DENGAN PENUH KEIKHLASAN, ditulis dari hati penuh dengan rasa kasih sayang. 

Kepada penganjur contest, saya ucapkan syabas dan terima kasih kerana menganjurkan contest seumpama ini. Secara tak langsung memberikan saya peluang mengimbas semula detik-detik permulaan kenapa saya berblog. Terima kasih sekali lagi.
Saya mengetahui contest ini melalui blog teratak usang.
Kepada teman-teman saya yang nak join sila baca syarat-syarat berikut atau rujuk pada
http://ariffshah.com/update-contest-tulis-menang-hadiah-wang-tunai-bertambah/


Syarat & Prosedur Tulis & Menang ariffshah.com


1. Tajuk entri mestilah Tulis & Menang ariffshah.com
2. Paparkan banner pertandingan yang dilinkkan ke sini.
3. Copy dan paste text ini di bawah banner disertakan dengan link:


Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my & myliriklagu.com

4. Sila nyatakan dari mana anda tahu kontest ini.

Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog teratak usang.

9 comments:

  1. wah..sangat mnarik..dah macam karangan pun ada..boleh dpt A klau periksa ni..Tahniah dan syabas!!

    ReplyDelete
  2. hai putri...lamanya menyepiii..rindu dah cik dgn entry2 putri...jom le join plak contest ni kalau ada masa. Boleh dpt A ke ni? Wah! Pujian dari seorang bakal guru ni selalunya ikhlas. T.kasih.

    ReplyDelete
  3. sama2..haha..malas la nk join..byk lg assignment kena buat..kalau join pun,takkan dpt A mcm cik..haha

    ReplyDelete
  4. salam singgah n kenal..
    nice one..gud luck eh

    jom join contest di blog sy pula..:-)

    ReplyDelete
  5. thanks for yr visit Rose..salam kenal..nt I jengah blog u.

    ReplyDelete
  6. lagi satu link kena letak, denaihati.com

    sila refer sini http://ariffshah.com/update-contest-tulis-menang-hadiah-wang-tunai-bertambah/

    ReplyDelete
  7. Thanks Ariff... ok I dah letak dah..ok ke mcm tu?

    ReplyDelete
  8. link denaihati.com tu masih tak betul. sila check balik.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.