Friday, October 8, 2010

TIP-TIP DAN DOA UNTUK MENDAPATKAN ANAK - 18sx

Baiklah tanpa membuang masa, sebagaimana dijanjikan kpd seorang teman, hari ini I berikan tip-tip untuk mendapatkan anak atau anak lagi (bagi yg dah ada anak tetapi susah pula untuk mendapat anak kedua dan seterusnya). Sama ada ianya berkesan atau tidak, itu bukan persoalannya bukan?.... yang penting kita berusaha selagi termampu...

Tip-tipnya ialah :-


1) Bagi yang badan agak sihat tu..... first sekali kalau boleh diet la dulu kan.... kasi kurus sikit dulu..... (ni biasa I dengar.... maybe takut lemak-lemak tu meyelaputi "kawasan" tu kot).

2) Kalau ada senggugut pun bagi hilang senggugut tu dulu..... makan la dulu ubat-ubatan....

3) Ok... step seterusnya..... of coz le jumpa pakar perbidanan untuk tahu tahap keupayaan mengandung....

4) Pegi berurut... selalunya ni untuk menaikkan peranakkan...... atau ada la nanti mak bidan akan buat.... asal jangan jumpa bomoh yang merepek2 sudah...nanti keluar anak pun anak niang rapik...

5) Kalau ada sedara-mara pergi ke tanah suci..... mintak la diorg belikan satu makanan (ubat) tau... tak tau la apa nama benda tu... pak2 arab kat kebun kurma tu ada jual... ubat untuk mendapatkan anak. Benda tu dijual dlm paket2 plastik kecik je. Ala...sapa-sapa yang gi tanah suci tau la dia.

6) Lagi satu air wadi..... ni pun ada terjual di Tanah Suci.... Alhamdulilah la sorang kawan kami dah pun dapat zuriat atas izin Allah setelah minum air wadi ni... Dia jual dlm botol mineral. Lokasi penjualan? Tak ingat la pulak sebab dah lama kami tak ke sana... sekarang pun Mekah  dlm proses pembinaan semula bangunan.

7) Yang ni segan plak la nk tulis............ hahahhahhahahha.... ada unsur2 18sx plakss... Kpd yang belum berkahwin sila ketepi... ketepii!!!!!!! Ok utk yg sudah berkawin.. sila baca dgn penuh concentrasi..



T.kasih kpd yang berkenaan yg telah sudi berkongsikan tip no. 7 ni..... begini kisahnya....
After habis period jangan terus *****( maksudnya bila period tu habis hari ini.... untuk jangkamasa 7 hari uoll berdua (suami isteri) kena "puasa").... faham tak maksud puasa tu? Paham2 sendiri la kan.....( tapi jangan la sampai menyiksa pasangan plak... tunggu la dia outstation ke)..... then after hari ke 7 berlalu baru la boleh dilakukan aktiviti itu. Ok...DO THE BEST! Maaf ya para2 doktor kalau benda ni macam tak tepat...tapi ramai kawan2 I dah mencuba tip ni dan alhamdulilah menemui sukses!

8) Pastikan diri clear dari sebarang unsur2 benda halus dan saka... ahhhh takut nak komen lebih2.... serahkan saja pada yang pakar...google la sendiri ya.

9) Cuba rajin2kan diri menjaga anak sedara yang baby2 tu ke... untuk menimbulkan sifat keibuan dlm diri... seterusnya hormon2 keibuan pun akan timbul... mana la tau kan...kan selalu kita dengar....bila bela anak angkat je terus sangkut... ha maybe perkara ni boleh diaplikasikan.

10) Doa - ini sudah pasti... lakukan solat taubat dan solat hajat dengan penuh khusyuk.

11) Gembirakan hati selalu... jangan bersedih2.... stress pun menjadikan punca kegagalan usaha anda yang satu ini. Ingatlah..... 90% apa yang kita gusarkan sebenarnya akhirnya tidak berlaku.

12) Bacalah Ya Mussawwir (antara nama-nama Allah yg maksudnya = Yang Maha Menjadikan Rupa Bentuk)... ikhtiarkan ini dgn berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air dan bacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 kali, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi suami pula, hendaklah berbuat demikian tetapi hanya perlu berpuasa selama 3 hari shj. Then bila waktu hendak "bersama", bacalah zikir ini sebanyak 10 kali, insyaAllah akan dikurniakan anak yg soleh. Ameen.

13) Ada kajian yang menyatakan pengambilan vitamin C yang tinggi menyebabkan kita susah untuk pregnant. Oleh itu, pengambilan vitamin C yang tinggi patutlah diberhentikan buat sementara waktu sekiranya kita berhasrat untuk pregnant.

14).  Pegi honeymoon/honeymoon kali kedua - sbgmana gurauan seorang rakan... "gi tempat sejuk2, insyaallah berhasil".  Tapi gurauannya bukan sekadar gurauan, balik je dari Genting Highland, dgn izinnya dia disahkan pregnant.

15).   Atau boleh juga ikhtiar dengan cara ini


Ok lah....That's all for now, ikhlas dari http://sam-puansyurga.blogspot.com (hakcipta terpelihara) ... ada sapa2 nak menyangkal atau menambah... dipersilakan. Mudah-mudahan dapat membantu rakan-rakan kita yang memerlukan. Thanks in advance!

TAKZIAH KEPADA KEDUA IBU BAPA BLOGGER KITA YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH....ADIK THAQIFAH (sedih pulak Miss Mirror baca blog orang yang telah tiada)... Al-fatihah... semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan roh-roh orang yang beriman. Amin.

p/s : Selamat pengantin baru kepada Dr. Sheikh Muzaffar dan Dr. Halina.

14 comments:

  1. salam perkenalan miss mirror
    tk untuk tips tu.. he he kena cuba..
    dan bila k shima baca...kelakar pun ada

    ReplyDelete
  2. sgt bgs tips nye.... hehe... sy akan cube...

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Mirror, kelakar la ayat2 akak..intan baca sambil tergelak2..haha..notty..haha..tp mmg tips yg berguna..ada yg da intan amalkan dan ada yg belum.. Insyaallah akan diusahakan...ameen..tq kak mirror..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Intan... Kak Mirror doakan usaha Intan berhasil. ;)

      Delete
  4. salam tips yg mnarik.. tip no 7 produk tu nak guna camne?? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.... produk tu kena sapu pada v*g*n* satu jam sebelum bersama.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.